1. PENENTU EKSTRINSIK DALAM
PEMILIHAN BANK MENURUT PERSPEKTIF MUSLIM YANG IDEAL: SATU PERBINCANGAN
PAKAR |
Ahmad Azrin Adnan
Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA, Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
Handphone: +6019-9133838
Email:
ahmadazrin.sd07@student.usm.my /
ahmazrin@udm.edu.my
|
Abstract:
Kertas
kerja ini bertujuan meneliti pandangan sekumpulan pakar dalam bidang perbankan
dan kewangan Islam tentang faktor-faktor luaran atau ekstrinsik dalam pemilihan
bank bagi setiap individu Muslim yang ideal. Ekstrinsik seringkali dicanang
sebagai sesuatu yang bersifat universal. Ciri-cirinya yang berkecuali (neutral)
dan bebas nilai(value free) bukan hanya diterima oleh segelintir
individu atau kumpulan tertentu tetapi juga masyarakat umum. Meskipun
ia tidak mutlak, apa jua yang mengandungi elemen-elemen berkecuali adalah norma
sosial yang secara umumnya dianggap baik. Tidak terkecuali faktor-faktor luaran
atau ekstrinsik yang mendorong kepada berlakunya gelagat pemilihan bank.
Individu Muslim yang ideal bagaimanapun mentafsirkan hal ini sebaliknya. Sesuatu
yang berkecuali tidak semestinya membawa kesan yang baik sekiranya menafikan
nilai Islam sebagai tunjang pegangan. Ertinya, setiap penentu ekstrinsik tidak
akan terlepas dari mengaitkannya dengan pertimbangan nilai yang berpandukan al-Quran
dan al-Hadith. Apakah yang dimaksudkan dengan penentu ini? Kertas kerja ini akan
cuba menjawab persoalan ini dengan menumpukan perbincangan kepada pelbagai
pandangan sekumpulan pakar yang telah ditemubual dalam kalangan tokoh agama,
pengamal, perunding dan ahli akademik.
|
|
2. PENGELOLAAN ZAKAT DI KOTA MALANG :
SUATU KAJIAN PERATURAN DAERAH
|
Marlina Ekawaty
Fakultas Ekonomi Pembangunan
Universitas Prawijaya
Malang,Jawa Timur
Indonesia
Tel: +6016–465 7774
Email: ekawaty2006@yahoo.com
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji
peraturan tentang pengelolaan zakat di Kota Malang. Analisis kandungan
akan dibuat terhadap Keputusan Walikota Malang nomor 465 tahun 2004
tentang Pengelolaan Zakat, Infaq dan Shadaqah serta Undang-Undang (UU)
nomor 38 tahun 1999 tentang Pengelolaan Zakat di Indonesia. Di samping
itu, perbandingan juga dibuat dengan peraturan zakat di daerah-daerah
terpilih. Dapatan dijangka akan mempamerkan keselarian keputusan
Walikota dengan UU yang lebih tinggi. Namun begitu, bagi daerah-daerah
terpilih dijangka terdapat beberapa perbezaan dengan keputusan Walikota
Malang nomor 465 tahun 2004. Di akhir kertas kerja ini akan disyorkan
supaya keputusan Walikota itu boleh diangkat menjadi peraturan daerah
yang mempunyai kekuatan hukum yang lebih tinggi.
|
|
3. KEUSAHAWANAN ISLAM; KAJIAN TERHADAP
PENIAGA KECIL DI KECAMATAN NEGLASARI, KOTA TANGERANG, INDONESIA
|
Abdul Rachman Husein
Jabatan Syariah dan Pengurusan
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel: 03-79676013/6132
Fax: 03-79676140
Email: doel_kaji@yahoo.com
|
Abstract:
Islam memandang penting keusahawanan kerana
keusahawanan merupakan salah satu kaedah baik untuk mengurus dunia.Untuk
mengurus keusahawanan dikehendaki strategi yang baik sehingga mencapai
kejayaan di dunia dan akhirat. Islam mengajarkan strategi mengurus keusahawanan
dengan baik, sepertimana melakukan perniagaan yang halal dan baik, dengan
melakukan kejujuran dan amanah, mengembangkan kemesraan dengan pelanggan
dan memandang keusahawan bukan hanya untuk mencari rezeki sahaja tetapi
juga sebagai ibadah. Sehingga kini, ramai orang yang hanya mengamalkan
keusahawanan tanpa memikirkan sama ada ianya halal atau haram kerana mereka hanya
ingin mendapatkan keuntungan berlipat ganda. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk
mengenal pasti strategi keusahawanan yang sedang dipraktikan oleh para usahawan
kecil di Kecamatan Neglasari, Kota Tangerang, Indonesia. Metod pengutipan data
yang digunakan oleh pengkaji adalah soalselidik. Selain itu, kajian ini juga
diharapkan dapat memberikan pengetahuan luas tentang strategi keusahawanan Islam
bagi para usahawan sehingga dapat tercipta lingkungan keusahawanan Islam yang baik
dan benar.
|
|
4. MANAGEMENT OF HUMAN RESOURCE
DEVELOPMENT IN THE ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL OF SINGAPORE (MUIS) |
Shereeza binti Mohamed Saniff
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: 04-6533422
|
Abstract:
This
paper intends to identify the management policies, strategies and
implementation of the Islamic Religious Council of Singapore (MUIS) of
its human resource development. This paper intends to analyse these
management policies, strategies and implementation from the Islamic
perspective of tazkiyah an-Nafs. From the analysis the
applicability of the management policies, strategies and implementation
of MUIS human resources can be identified. The identification is crucial
to ensure the execution aspects of tazkiyah an-Nafs have been
carried out. A combination of field research and theoretical research
would be used as a means to obtain the required information for this
paper. The field research is used to identify the management policies,
strategies and implementation of human resource development in MUIS.
Meanwhile the theoretical research is employed to obtain theoretical
concepts on the process of tazkiyah an-Nafs. The data attained
from both studies will be analyzed to evaluate the applicability of
these management policies, strategies and implementation to the concept
of tazkiyah an-Nafs. Expected results from the identification of
the management policies, strategies and implementation of
human resource development in MUIS show an indication that the concept
of tazkiyah an-Nafs is used to a small degree by MUIS and is
mostly done on an informal basis instead of being part of the management
policies, strategies and implementation of its human resource
development.
|
|
5. PEMIKIRAN PERUBATAN IBN SINA DALAM TIBB
AL-NABAWI:SUATU PENELITIAN AWAL |
Roshaimizam bin Suhaimi
Pusat Pemikiran&Kefahaman Islam
UiTM Cawangan Pulau Pinang
11800 Pulau Pinang
Tel: 019-6822748
Email: roshaimizam@uitm.edu.my/
r_mizam@yahoo.com
|
Abstract:
Kegemilangan sejarah perubatan Islam yang
dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Ibn Sina, al-Razi, al-Zahrawi serta
tokoh-tokoh yang dikenali dalam Tibb al-Nabawi (Perubatan Nabi-nabi) seperti
Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan lain-lain lagi amat membanggakan. Walaupun
mungkin timbul perbincangan samada ilmu perubatan itu diwahyukan atau tidak,
namun para penulis Tibb al-Nabawi ada yang menyandarkannya kepada amalan
para nabi khususnya Nabi Muhammad SAW. Mereka bukan sahaja mampu mengemukakan
kaedah-kaedah penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit tetapi juga berupaya
mengemukakan konsep-konsep asas dalam dunia kesihatan dan perubatan. Antara
konsep yang dikemukakan adalah konsep yang berkaitan dengan kesihatan dan penyakit.
Justeru kertas kerja ini dihasilkan sebagai satu penelitian awal beberapa aspek
pemikiran tokoh perubatan Islam terkenal, Ibn Sina dalam ilmu perubatan dengan
Tibb al-Nabawi. |
|
6. PENGARUH AMANAH TERHADAP KESETIAAN
PELANGGAN MUSLIM BANK SYARIAH DI MALANG, INDONESIA |
Sunaryo
Bahagian Pengurusan Fakultas Ekonomi
Universiti Priwijaya
Malang,Jawa Timur
Indonesia
Email: sunaryo053@gmail.com
|
Abstract:
Majoriti penduduk Indonesia adalah Muslim.
Walaupun demikian, penyertaan masyarakat Muslim masih rendah dan persepsi
masyarakat masih negatif terhadap
penghematan dan produk bank syariah. Apakah ada faktor-faktor yang mempengaruhinya
dan apakah mungkin kepatuhan agama tidak memberikan kesan terhadap kesetiaan
pelanggan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kesetiaan pelanggan Muslim. Ia juga bertujuan meneliti sejauh mana kepatuhan agama
mempunyai kesan terhadap kesetiaan pelanggan. Kajian ini akan dilakukan di bank
syariah Malang Indonesia. Pensampelan yang digunakan ialah teknik persampelan
kemudahan. Responden pula terdiri daripada pelanggan Muslim yang mengunjungi
kaunter dan mempunyai akaun pada sistem bank syariah penuh. Model penyelidikan
akan dianalisis dengan kaedah kuantitatif yang menggunakan pendekatan Structural
Equation Model(SEM). Hasil penyelidikan ini diharapkan dapat memberikan sumbangan
pada pengembangan ilmu gelagat pengguna dan sumbangan pada perniagaan untuk
membantu mengambil keputusan strategik khususnya pada penghematan bank syariah.
Kata Kunci: Kesetiaan Pelanggan, Amanah, Kepatuhan Agama dan Bank
Syariah
|
|
7. ECONOMIC PERFORMANCE AND TERM STRUCTURE
OF INTEREST RATE OF SUKUK BONDS IN MALAYSIA |
Adesina-Uthman Ganiyat A.
Fellow 1, Crescent University Abeokuta
Nigeria
H/Phone: +60176759717
|
Abstract:
Internationalization and globalization has
led to revivalism of the Islamic Financial System (IFS) as Muslims around the
globe strengthen the consideration to live their lives in accordance with their
religious imperatives and inclination irrespective of where they live in the
world (DeLorenzo 2004). This revivalism has led to a growing demand for Islamic
financial instrument by Muslims and Non-Muslims alike which in turn has led to
an increasing demand on Muslim countries most especially to expedite action
on establishment of more viable and more organized Islamic Financial Markets (IFMs).
Sukuk surfaced in the year 2000s to quench the thirst of investors for long term
investment/financing. Sizeable number of this Islamic bond has been issued; yet,
there has not been an empirical research on the study of performance and term
structure of interest rate of Sukuk in Malaysia as well as its pricing and
predictability power. This paper aims at filling this research gap based on the
existing theory of term structure. Albeit; adjustment is required to the discount
factor in order to accomplish the task of studying dynamics of profit-rate.
We proposed a two-factor model with no-arbitrage restrictions; that allows the term
structure to vary with the profit rate; with time-dependent drift rate.
Key words: Islamic financial system, performance, Term Structure, Globalization,
No-arbitrage.
|
|
8. PENGURUSAN ZAKAT DI PUSAT URUS ZAKAT
NEGERI PULAU PINANG DAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN:
SATU KAJIAN PERBANDINGAN |
Wan Norhaniza Binti Wan Hasan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: 04-6533422
Faks: 04-6532124
Email: wanneeza@yahoo.com.my
|
Abstract:
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membuat
perbandingan antara pengurusan di Pusat Urus Zakat (PUZ) Negeri Pulau Pinang dan
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Perbandingan dilakukan antara lain meliputi kaedah pengurusan institusi,
sistem kutipan dan sistem agihan dana zakat. Perbandingan ini akan dibuat
berdasarkan maklumat daripada laporan tahunan zakat antara tempoh 2003 hingga 2007.
Perbezaan ketara antara kedua-dua institusi pengurusan zakat ini adalah PUZ Negeri
Pulau Pinang memegang tanggungjawab untuk melakukan kutipan zakat sekaligus
malaksanakan pengagihannya sedangkan PPZ-MAIWP pula hanya diberi kuasa untuk
melakukan kutipan dana zakat. Perbezaan kuasa ini memberi kesan kepada pengagihan
dana zakat itu sendiri di mana peratusan pengagihan zakat daripada pungutannya
di Wilayah Persekutuan adalah lebih rendah berbanding dengan di Pulau Pinang.
Dapatan ini mempamerkan bahawa adalah lebih baik jika sesebuah institusi pengurusan
zakat diberi kuasa untuk melaksanakan kutipan dan sekaligus melakukan pengagihan
dana zakat kerana ia dapat mengelakkan daripada berlakunya lambakan dana zakat
yang tidak diagihkan. Keadaan ini penting kerana keberkesanan pengagihan zakat
mampu mempengaruhi persepsi pembayar terhadap institusi pengurusan zakat formal.
|
|
9. APPROACHING ISLAMIC RITUALS GEOGRAPHY,
POLITICS AND SOCIOLOGY OF MUSLIM PRACTICES |
Faisal KP
Centre for Study of Social System
Jawaharlal Nehru University, New Delhi
110067, India
Telephone: 919873057135 (Delhi), 919846045482 (Kerala)
|
Abstract:
Among the diverse rituals of worlds’ major
religious communities, Muslim rituals look most elusive in the anthropological
analysis for they have long been overlooked by the scholars or approached by mere
incoherent speculative methods. It is also important to note that the neglect
of Muslim rituals in anthropology has been, partly, because they do not have
the symbolic value of a Ndembdu milk-tree or Tobriand spells (John, R Bowen,
1989) and partly because, they are thought to have more to do with a "Great
Tradition" than with local social meaning (Tapper, 1987). Most social anthropologists
while studying rituals in general have tended to look for symbolic meanings
or social functions underlining them, since Anthropologists, as Clifford Geertz
observed, "are inclined to turn toward the concrete, the particular, the microscopic”
(Geertz, 1968, p. 4). In the study of Muslim rituals too, they have been looking for
the locally-specific rituals that have a greater degree of symbolic content. While
doing so, the scholars have sidelined several rituals which are found universally
as part of everyday life of Muslim society and also showed a sort of reluctance to
look into the role of universal contents of local practices. This is not to deny
that there are scholars who have studied Muslim societies emphasising on the universality
of Islamic beliefs and practices, but while doing so, they have sidelined the
several local practices as aberrations and part of deviant behaviour. In a sense,
the kind of differentiation between the universal and local forms of Islam has
resulted in a division of labour between those who are interested in local forms
of a religious tradition and those who are interested in religious texts (Bowen 1993b:4).
Bowen states that anthropologists and other scholars concerned with local forms of
culture looked for the rites, myths, or ideas that made the group they were studying
distinctive rather than those they shared with other fellow religious groups (1993:4).
This may suggest that the main challenge for the study of Muslim rituals is the
questions of how to describe and analyze the Universalist principles of Islam that have
been realized in various social and historical contexts (Eickelman, 1982) and how
to locate the place of local cultures and social contexts in such a process. Hence,
this paper would argue that to deal with the incoherence in the contemporary
sociological and anthropological approach to Muslim ritual, we need to look at
the nature of Muslim ritual from a new perspective. Since the ritual patterns
are deeply influenced by the geographies, political orders and social structures,
the paper would highlight the need for an inter-disciplinary approach to tackle
the problem of ‘universal’ and ‘parochial’ elements in Islamic tradition.
|
|
10. THE TRADITIONAL ISLAMIC LEARNING
IN CONTEMPORARY MALAYSIA |
Hiroko Kushimoto
3-11-1 Asahichou Fuchushi Tokyo, Japan
Handphone No: +6017-309-5103
Email: hirokokushimoto@hotmail.com
|
Abstract:
The traditional Islamic learning is often
represented by the term “pondok”. Pondok is called as “traditional Islamic
educational institution” that had critical influence on Malays living in Malay
peninsular, however it looks far from flourishing in contemporary Malaysia.
This decline of pondok is usually explained in relation with the development of
Madrasa or Sekolah Agama that provide Islamic education in the form of modern
systematic schooling. This discussion starts from questioning this somehow
taken-for-granted theory of the modernization of Islamic education. Is it
true to see the learning in pondok is weak compared to modern Sekolah Agama?
Does the Islamic education in the form of school really fill the needs in the
transmission of Islamic knowledge, even when we see the school is modern
western device and Islam has its own concept of knowledge and its transmission?
The presenter, as an anthropologist, will try to answer these questions not by
the philosophical argument but from “what people do”, based on the fieldwork
of Islamic learning in Kuala Lumpur. It may be true that “pondok” is not required
any more compared to sekolah agama, if we see the pondok as “educational
institution” that can be compared to school. However, the presenter suggests
to see “pondok” merely as a place that provides resource for the informal learning.
What exists in the pondok is not the system or the curriculum planned for certain
objective, but the discrete elements of traditional Islamic transmission of knowledge.
When we see pondok in this way, it is found that what was replaced by Sekolah Agama
is only a part of the elements or functions that is similar to education in school.
For the other elements that cannot be found in Sekolah Agama, there are people who
seek them in slightly different forms, for example the Kitab learning in masjid,
the learning based on strong guru-murid relationship, or making of Islamic villages.
Providing some case studies, the presenter will conclude that even though the
majority does not require pondok as a whole, they are seeking for the elements
of pondok that reflect the tradition of Islamic learning.
|
|
11. KERANGKA PERUNDANGAN SISTEM PERBANKAN
ISLAM DI MALAYSIA YANG KOMPREHENSIF DAN EFEKTIF: ANALISIS ISU DAN PENDEKATAN
PENYELESAIANNYA |
Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim
Jabatan Syariah & Undang-Undang
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya Kuala Lumpur
Email: syafiqe@gmail.com
|
Abstract:
Pengenalan sistem perbankan Islam di Malaysia
telah membawa satu peristiwa penting dalam evolusi sistem perbankan di Malaysia
dengan penggubalan Akta Bank Islam 1983. Dengan penggubalan Akta tersebut sekaligus
menandakan bermulanya pemakaian undang-undang Islam ke dalam sistem perundangan
di Malaysia khususnya melibatkan soal perbankan. Walaubagaimanapun, berdasarkan
beberapa kes-kes melibatkan perbankan Islam yang dilaporkan sehingga kini, didapati
terdapat beberapa isu perundangan yang masih gagal diselesaikan. Persoalan utama
yang sering timbul adalah samaada kerangka perundangan berkaitan perbankan Islam
terutamanya undang-undang Sivil yang digunapakai kini adalah benar-benar komprehensif
dan menepati setiap kehendak Syariah. Artikel ini akan menganalisis samaada kerangka
perundangan bagi sistem perbankan Islam di Malaysia kini benar-benar efektif dan
komprehensif khususnya dalam menyelesaikan sebarang pertikaian melibatkan kes di
Mahkamah.
|
|
12. SISTEM URUS TADBIR KERAJAAN BANU MARIN
(1215-1465M):SATU PENGAMATAN SEJARAH |
Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari
Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel: No. Tel: 03-8921 5558
H/phone No: 017-7595631
Faks: 03-8921 3185
Email: pali_al_jauhari@yahoo.com
|
Abstract:
Kerajaan Banu Marin (1215-1465M) merupakan
sebuah kerajaan Islam yang pernah muncul di al-Maghrib pada abad pertengahan.
Kerajaan ini mewarisi kepimpinan Islam di al-Maghrib daripada kekuasaan al-Muwahhidun
dianggap sebagai kerajaan Islam yang kuat dan utuh apabila berjaya menguasai seluruh
al-Maghrib ketika zaman kegemilangannya. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji sistem
urus tadbir Kerajaan Banu Marin. Sistem urus tadbir ini mencakupi aspek pentadbiran
dan perjawatan yang wujud dalam pemerintahan Kerajaan Banu Marin. Selain itu, makalah
ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi jabatan-jabatan kerajaan yang wujud ketika
era Marini. Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian
kualtitatif menerusi metode historical study dan content analysis seperti penelitian
terhadap kitab dan buku yang dikaji. Dapatan kajian ini mendapati sistem urus tadbir
yang tersusun dan berkesan merupakan antara faktor kepada kelangsungan kekuasaan Banu
Marin di al-Maghrib.
|
|
13. METODE HIKMAH DALAM BENTUK GAYA PERSEMBAHAN
DAKWAH: SATU KAJIAN TERHADAP JAMAAH TABLIGH DI SELATAN THAILAND
|
Muhammadhusnee Yanya
Calon Sarjana Pengajian Islam
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Email: kawan_egy@hotmail.com
|
Abstract:
Peraturan, kaedah dan cara adalah suatu perkara
yang penting dan perlu diadakan dalam setiap pekerjaan atau perbuatan. Lebih-lebih
lagi dalam kerja dakwah perlu diadakan beberapa metode yang terbaik bagi membantu
pendakwah agar dakwahnya itu memberi kesan kepada sasaran. Metode hikmah merupakan
satu metode dakwah yang penting kerana ia berpandu kepada al-Qur’an dan Sunnah. Metode
ini terbahagi kepada beberapa bahagian, termasuk gaya persembahan isi kandungan dakwah.
Di Selatan Thailand, pengaruh dakwah Jamaah Tabligh sangat terhebat. Hal ini kerana ramai
penduduk Islam di sini terlibat dengan Jamaah Tabligh. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan
mengenal pasti metode hikmah dakwah yang berkaitan dengan gaya persembahan isi kandungan
dakwah yang disampaikan oleh Jamaah Tabligh di Selatan Thailand. Kertas kerja ini akan cuba
menjawab bagaimana gaya persembahan dakwah Jamaah Tabligh di Selatan Thailand yang menjadi
pengaruh kepada penduduk Islam tempatan.
|
|
14. PENDUDUKAN PERANCIS KE ATAS MESIR (1798-1801) :
SATU KAJIAN SEJARAH TERHADAP KESAN DARI ASPEK SOSIAL |
Napisah Karimah Hj. Ismail
Sejarah dan Tamadun Islam
Jab. Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam
UKM, 43600 Bangi
Tel: 03-8921 5558/5622
Faks: 03-8921 3185
Handphone No: 019-4358991
Email: n_karimah820326@yahoo.com
|
Abstract:
Pendudukan Perancis ke atas Mesir berlaku
dari tahun 1798 hingga 1801, iaitu ketika Mesir berada di bawah naungan Kerajaan
Uthmaniyah. Penjajahan kuasa tersebut telah meninggalkan beberapa kesan penting
dalam sejarah Mesir. Kajian dilakukan adalah untuk menganalisis kesan-kesan
penaklukan Perancis ke atas Mesir dari aspek sosial dan menilai perubahan yang
berlaku di Mesir sebelum dan selepas penaklukan tersebut. Kajian yang berbentuk
kepustakaan ini menggunakan sumber-sumber primer dan sekunder dan dianalisis
menggunakan kaedah external criticisms, internal criticisms dan comparative.
Pendudukan Perancis ke atas Mesir didapati mendatangkan kesan positif bagi keadaan
tertentu dan juga terdapat kesan negatif bagi sesetengah situasi. Antara kesan-kesan
positif dari aspek sosial ialah timbulnya kesedaran dalam kalangan golongan
intelektual Mesir ketika itu bahawa negara Islam, khususnya Mesir yang agak
ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding kemajuan yang telah dicapai
oleh Barat. Keadaan ini telah mendorong rakyat Mesir untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
dan memajukan negara. Perancis juga telah memperkenalkan kajian Mesir Purba (Egyptology)
yang sehingga kini merupakan salah satu ilmu penting dalam kajian sejarah Mesir. Selain
kesan positif, terdapat juga kesan-kesan negatif yang antaranya ialah timbulnya pelbagai
masalah yang berkaitan dengan sosial seperti penyebaran budaya Eropah yang bertentangan
dengan ajaran Islam serta kemusnahan harta benda dan nyawa akibat peperangan dan
pemberontakan. Secara keseluruhan, kedatangan Perancis ke bumi Mesir bukanlah bertujuan
untuk kebaikan rakyat Mesir, tetapi ia merupakan dasar imperialisme yang matlamatnya adalah
untuk kepentingan kuasa tersebut dari aspek sosial di samping aspek ekonomi dan politik.
|
|
15. COUNTERING TRADITIONALISM IN THE MALAY WORLD:
REFORMIST ORIENTATIONS AS REFLECTED IN THE THINKING OF SYED HUSSEIN ALATAS ON ISLAMIC TRADITIONS
|
Norshahril Bin Saat
Department of Malay Studies
Faculty of the Arts and Social Sciences
National University of Singapore
The Shaw Foundation Building
Blk AS7 #04-22, 5 Arts Link
Singapore 117570
Tel: +65 81282044 (H/p)
Fax: +65 6773 2980
Email:g0800338@nus.edu.sg
|
Abstract:
This paper seeks to discuss two
forms of religious orientations, namely traditionalism and reformism,
in approaching Islamic traditions. By religious orientations, I am
referring to a style of believing and thinking, which is separate from
the study of religion and theology. The study of religious orientations
is useful for it prevents one from erroneously linking the problems
beleaguering the Muslim world with Islamic theology and traditions
(the basic teachings of the Quran, Sunnah, and the practices passed
down from one generation to another). Contrary to the view that these
Islamic traditions hinder progress and development, they actually serve
as modalities for change and progress. Conversely, it is traditionalism,
which Robert Towler refers to a style of thought that tends to cling to
the old ways, resisting change, which is responsible for the lack of
Muslim development and progress. To be sure, traditionalism, as a style
of thought, remains dominant among Muslims in the Malay world. Arguably,
this is even more apparent in the thinking of the religious elites. In
this paper, I shall first highlight several traits of traditionalism in
Islamic thought in the context of the Malay world, and problematise them.
This will be followed by elaborating on what is understood as reformism,
which holds that the philosophical and ethico-legal dimensions of Islamic
traditions be emphasized. By explicating on the writings of the late
Professor Syed Hussein Alatas on Islam, I shall demonstrate how the
reformist mind is intrinsic in guiding Muslims towards progress, change
and modernization.
|
|
16. KONSEP KESEPADUAN ILMU: PERBANDINGAN ANTARA
AL-ATTAS DAN HIRST |
Rabiatul-Adawiah bt Ahmad Rashid
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
Email:adawiahrashid@yahoo.com
|
Abstract:
Konsep ilmu merupakan satu konsep penting yang sangat
ditekankan oleh kebanyakan masyarakat di dunia ini khususnya dalam mencapai kecemerlangan
dalam pembangunan dan ketamadunan. Bagaimanapun, dalam pada penerimaan terhadap kepentingan
ilmu ini adalah sesuatu yang universal, sesuatu masyarakat itu pula mempunyai fahaman atau
pandangan tersendiri terhadap konsep tersebut. Fahaman atau pandangan itu pula akan membawa
kepada pandangan hidup serta perlakuan mereka. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti sejauh
mana konsep kesepaduan ilmu seperti mana yang dimaksudkan dalam Islam itu sama dengan maksud
yang dipegang oleh ahli-ahli falsafah dan pemikir barat, khususnya pada pandangan dua tokoh
pendidikan iaitu, al-Attas dan Hirst. Kaedah yang digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah
kaedah secara analisis falsafah yang merupakan kaedah penyelidikan dalam bidang falsafah, yang
memberikan tumpuan terhadap kejelasan makna sesuatu konsep. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
konsep kesepaduan ilmu telah diberikan tumpuan yang berat oleh kedua-dua orang tokoh. Bagaimanapun,
kedua-dua mereka menghuraikan konsep tersebut daripada perspektif yang berbeza, dengan tahap
ketelitian yang tidak setara. Implikasi dapatan kajian ini dapat membantu dalam usaha menilai dan
menggubal semula pendekatan-pendekatan semasa yang digunakan dalam menerapkan konsep kesepaduan
ilmu yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di sekolah-sekolah.
|
|
17. KOD ETIKA AKAUNTAN ISLAM:
SATU CADANGAN |
Azizi @ Hamizi Hashim
Kolej Perniagaan
Bangunan Perakaunan
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah Darul Aman
Tel: 04-9283794
Email:azizi@uum.edu.my
|
Abstract:
Etika atau akhlak merupakan
suatu perkara yang berkaitan dengan moral, sikap dan gelagat seseorang.
Ia adalah tingkah laku atau perbuatan yang baik dan indah yang terhasil
berdasarkan akidah dan syariat islam. Ini bermaksud, etika mencerminkan
cara hidup atau rupa bentuk gelagat seseorang dalam aspek kepercayaan,
pemikiran dan juga tindakan. Akauntan pula adalah satu profesion yang
mempunyai satu kod etika untuk diikuti oleh ahli-ahli dalam profesion
tersebut. Kod etika konvensional secara amnya menekankan aspek-aspek
tertentu bagi melayakkan seseorang mencapai tahap akauntan profesional
seperti objektiviti, integriti, kecekapan (competent) dan sebagainya.
Walaupun diakui akan sumbangannya ke arah melahirkan akauntan yang
profesional dan beretika, namun ianya kadangkala menimbulkan persoalan
yang seakan tiada jawapan apabila berlaku kes-kes seperti penyelewengan
dan penipuan yang melibatkan individu yang memang telah diperaku
profesionalisme mereka sebagai seorang akauntan. Kajian ini tidak secara
khusus ingin merungkai persoalan tersebut, namun apa yang agak jelas adalah
kod etika akauntan sedia ada pada dasarnya tidak bersandarkan kepada konsep
etika Islam walaupun di dalam beberapa perkara ianya selari dengan konsep
etika islam. Hal ini demikian kerana wujud jurang dalam kod etika tersebut
dari aspek kepercayaan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
Justeru, kajian ini mengemukakan cadangan kod etika Islam untuk diamalkan
oleh akauntan-akauntan Muslim sama ada dalam organisasi Islam dan bukan Islam.
Pelaksanaan dan amalan kod etika ini dalam kerja-kerja harian dipercayai
dapat meningkatkan produktiviti dan mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan
perakaunan di negara kita.
Kata kunci: Etika, Akauntan, Islam.
|
|
18. THE PERCEPTION OF SMALL-AND-MEDIUM-SIZED
ENTERPRISES (SMES) IN MALAYSIA (KLANG VALLEY AREA) TOWARDS PROFIT/LOSS SHARING
(PLS) MODE OF FINANCING |
Siti Khadijah Ab. Manan
Islamic Banking and Finance/Entrepreneurship
University Teknologi MARA Shah Alam
International Islamic University Malaysia
Email:heyda66@yahoo.com
|
Abstract:
Equity financing on the basis of profit/loss
sharing (PLS) had long been proposed by Muslim scholars to be the prevalent method
of funding to businesses. This is so because; apart from avoiding the prohibited
riba (interest), scholars believed that this particular funding method is able to
meet the true spirit of equitable distribution of income and wealth, hence
materializing the goals of shariah (maqasid al-shariah)in the economy. In addition,
they viewed that a balance proportion of equity and debt in a firm financial structure
would be able to yield a handsome return as the mode promotes participation and hard
work while at the same time motivates business expansion and growth. Nevertheless,
theoretical perception of the scholars on the mode would be less meaningful if without
ground support from the businesses. This study therefore examines the perception
of entrepreneurs towards PLS-equity financing. The small and medium-sized enterprises
(SMEs) are chosen as samples of the study as these enterprises constitute the majority
of business establishments in Malaysia. The study found a favorable finding in support
of the scholars’ view. The study proposed that PLS equity financing should be given
premier attention by the respective bodies and agencies as the current practice
could find very little offering of such mode to businesses particularly smaller
enterprises.
|
|
19. MASJID SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ISLAM DI
SINGAPURA : SATU PENGAMATAN |
Siti Noorasikin Tumiran
Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel: 03-89215558
Handphone No: +6012-7820254
Email:misha.ashikin@yahoo.com
|
Abstract:
Masjid merupakan institusi utama dan penting
kepada umat Islam di mana peranan institusi masjid adalah sebagai “jantung dan nadi”
masyarakat Islam. Jika “jantung” lemah akan mengakibatkan “nadi” iaitu ia
menjadikan seluruh anggota badan atau masyarakat turut menjadi lemah dan lumpuh.
Kajian ini akan memberi fokus terhadap institusi masjid yang semakin berkembang pesat
dalam arus pembangunan moden Republik Singapura. Di Singapura telah memperlihatkan
masjid di sana merupakan institusi strategik bagi pembangunan, pembelajaran dan sosial
umat Islam Singapura. Justeru, masjid telah diletakkan di setiap estet perumahan awam
untuk kemudahan Muslim Singapura menangani isu dan pembangunan sosio-agama ummah.
Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji tentang institusi masjid sebagai pusat
pendidikan Islam di Singapura dan apakah kesan institusi ini kepada masyarakat
Islam Singapura. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis secara langsung
terhadap sistem pendidikan Islam yang digunakan oleh institusi masjid. Objektif lain
ialah untuk mengkaji faktor-faktor berkembangnya pendidikan Islam hasil daripada
pengurusan masjid dalam kalangan Muslim Singapura. Selain itu, objektif kajian ini
adalah untuk mengetahui kesan institusi masjid terhadap pendidikan Islam dan Muslim
Singapura. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif
menerusi metode historical study dan content analysis seperti penelitian terhadap buku
atau kitab yang dikaji. Selain itu, kajian ini juga menggunakan metode kajian lapangan
seperti temu bual dan observasi. Hasil kajian mendapati bahawa masjid-masjid di Singapura
mampu menjadi sebuah institusi Islam yang cemerlang dalam membina jati diri bangsa Melayu
/Islam Singapura supaya kuat menangani kehidupan yang mencabar di bawah pemerintahan
bukan Islam. Selain itu, ia memperlihatkan masjid-masjid tersebut bukan sekadar bertujuan
untuk beribadah semata-mata tetapi ia turut berfungsi sebagai pusat kepelbagaian kepada
masyarakat Islam.
|
|
20.KAEDAH PSIKOTERAPI MENURUT MISKAWAYH
|
Siti Norlina Muhamad
Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
|
Abstract:
Penyakit mental atau yang berkaitan
dengan tingkah laku manusia akan menjadi penyakit utama yang mencorakkan
ilmu perubatan di abad ke 21. Ia juga bakal menjadi penyakit nombor satu
negara jika tidak diatasi segera menjelang tahun 2020. Kemungkinan itu
tidak boleh ditolak memandangkan tekanan psikososial yang semakin hebat
berlaku dalam masyarakat pada masa ini. Meskipun peratusan rakyat yang
menghidapi penyakit mental di negara ini agak tinggi, hanya sebilangan
kecil sahaja yang mendapatkan rawatan. Bagi mengembalikan kesejahteraan jiwa individu
ini, pendekatan terapi biologi dan psikoterapi telah diaplikasi dengan meluas.
Walau bagaimanapun sehingga kini tidak ada cara rawatan yang benar-benar
tepat dan berkesan dalam menangani gejala penyakit jiwa. Bagi penyakit mental
jenis gila atau psikosis, terdapat banyak ubat khas untuk merawatnya.
Tetapi bagi penyakit mental yang berbentuk putus asa dan menyebabkan budaya
bunuh diri, penagihan dadah, gangguan personaliti dan sebagainya, sehingga
kini masih belum terdapat kaedah rawatan yang berkesan. Kertas kerja ini
bertujuan untuk mengupas beberapa isu berkaitan psikoterapi Islam seperti
definisi psikoterapi, psikoterapi dalam al-Quran dan al-Hadith, latar belakang
Miskawayh dan kaedah psikoterapi Miskawayh.
|
|
21. PENGGUNAAN UJIAN KLOZ SEBAGAI ALAT
UKUR KEBOLEHBACAAN BAHAN BACAAN BAHASA ARAB. |
Zulazhan Ab. Halim
Fakulti Bahasa Dan Komunikasi
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA,Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Tel: +609-6664466
Faks: +609-6671033
Email: zulazhan@udm.edu.my
|
Abstract:
Kertas kerja ini membincangkan tentang isu
kebolehbacaan bahan bacaan. Ia bertujuan melihat penggunaan ujian kloz sebagai
alat untuk mengukur kebolehbacaan bahan bacaan bahasa Arab. Maklumat tentang
kebolehbacaan dan ujian kloz dikumpul melalui kajian kepustakaan. Kajian
sorotan yang dilakukan ini menunjukkan ujian kloz mempunyai tahap kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi dan diakui sebagai salah satu alat ukur kebolehbacaan
yang utama. Data sekunder yang diperolehi melalui sorotan terhadap kajian
terdahulu ini menjadi asas bagi penyelidik dalam melakukan kajian tentang
kebolehbacaan buku teks bahasaArab di Malaysia.
|
|
22. SIVIL SOCIETY MUSLIM DI INDONESIA
SELEPAS REFORMASI |
Heri Kusmanto
Universitas Medan Area(UMA)
Medan, Sumatera Utara
Indonesia
Email: heri.kusmanto@gmail.com
|
Abstract:
Kertas Kerja ini akan membincangkan gerakan
Sivil Society Muslim di Indonesia Selepas Reformasi. Sejak Orde Baru (1966) di
bawah kepemimpinan Presiden Soeharto, gerakan Sivil Society Muslim seolah tidak
dapat bergerak secara mandiri dan mengembangkan dirinya. Sepanjang Orde Baru
gerakan Sivil Society muslim seolah mati. Padahal sebuah gerakan Sivil Society
hanya boleh tumbuh dan berkembang jika tidak ada kekangan dari pihak manapun.
Tahun 1999 ketika Reformasi di Indonesia terjadi, yang ditandai dengan kejatuhan
Presiden Soeharto, gerakan Sivil Society dianggap mempunyai peluang untuk
mengembangkan dirinya. Benarkah? Kertas kerja ini akan mengupas persoalan ini.
Kertas kerja ini selanjutnya juga akan menerokai keberadaan gerakan Sivil Society
Muslim di Indonesia selepas Reformasi.
|
|
23. POLEMIK ISLAM HADHARI : SATU ANALISIS
|
Ismail Bin Shafiee
Pusat Kajian Pembangunan Pengurusan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
Tel: 04-6533422
Faks: 04-6532124
Email: ismailbadrul@yahoo.com
|
Abstract:
Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mengetahui
sama ada pendekatan Islam Hadhari menjadi dasar kerajaan atau hanya diserap masuk ke
dalam wawasan 2020 sebagai satu entiti sampingan. Islam Hadhari telah diperkenalkan
pada tahun 2002 dan hanya diberi perhatian serius pada tahun 2004. Persoalan yang timbul
ialah mengapa beberapa versi Islam Hadhari oleh mantan Perdana Menteri diikuti pula versi
berlainan oleh JAKIM, YADIM dan Kerajaan Negeri Terengganu. Begitu juga masalah yang
ditimbulkan oleh ulama parti PAS terhadap Islam Hadhari. Kertas kerja ini akan menganalisis
membandingkan versi-versi yang wujud dan punca penentangan oleh ulama PAS, Semoga dapatan
analisis ini akan menjelaskan versi yang tepat mengenai pendekatan Islam Hadhari dan
kedudukannya dalam dasar kerajaan serta dapat mengelak daripada timbulnya sebarang keraguan
dan kontroversi.
|
|
24. SISTEM PENYAMPAIAN WAKAF : SATU CADANGAN MODEL.
|
Mohamad Salleh bin Abdullah
Pusat Kajian Pembangunan Pengurusan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
Tel: 04-5378088
Handphone No: 012-4149005
Faks: 04-5306466
Email: salleh3055@yahoo.com
|
Abstract:
Kertaskerja ini cuba mengemukakan satu cadangan model
sistem penyampaian wakaf(waqf delivery system) dalam usaha meningkatkan keberkesanan
mutu perkhidmatan wakaf kepada orang ramai. Garapan idea untuk mencadangkan model timbul
akibat daripada masalah wakaf yang belum selesai. Umum mengetahui wujudnya kelemahan yang
ketara dalam tadbirurus harta wakaf yang mana menyebabkan wakaf tidak menjadi instrumen
yang dapat menjana ekonomi pembangunan umat Islam. Kelemahan pengurusan wakaf ini telah
menyebabkan maksud dan hasrat wakaf sebagai alat pemangkin pembangunan umat Islam tidak
dapat berjalan dengan baik. Salah satu kelemahan ini mungkin disebabkan oleh sistem
penyampaian perkhidmatan wakaf yang dikenalpasti tidak mencapai tahap prestasi yang memuaskan
atau sesetengahnya tetap lemah. Cadangan ini berbentuk cadangan teoritis. Buat sementara ini
ia mengenepikan dahulu persoalan praktikaliti yang bersangkutan dengan hal-hal perundangan,
prosedur pengurusan, teknikaliti, persekitaran, sub-budaya dan sebagainya. Yang hendak
dibentangkan melalui kertaskerja ini hanyalah pemikiran yang lebih bersifat idealistik.
Katakunci : Wakaf, Sistem Penyampaian, Cadangan Model.
|
|
25. WASIAT: IMPLIKASINYA TERHADAP PELAKSANAAN
FARAID. |
Salmiah binti Mohamad
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: 04-6536422
Faks: 04-6532124
|
Abstract:
Kajian kertas ini bertujuan mendedahkan kegagalan
ramai orang Islam yang tidak menulis wasiat dan ini menyebabkan implikasi terhadap
pelaksanaan faraid. Ramai waris dan orang Islam lain tidak dapat memiliki, memaju
dan memanfaatkan harta untuk kebajikan orang Islam. Harta yang boleh alih pula seperti
saham dan wang terpaksa melalui proses yang lama sebelum dapat diagihkan dan dimanfaatkan.
Persoalannya ialah mengapa orang Islam memandang ringan perkara wasiat ini dan mengapa
kerajaan serta Majlis Agama Islam Negeri tidak bertindak menasihati atau memaksa wasiat
diwajibkan. Penyelidikan melalui orangramai dan Majlis Agama Islam atas perkara wasiat ini
patut disegerakan. Adalah diharapkan dapatan daripada penyelidikan ini boleh menyelesaikan
masalah harta kekal dan saham juga wang yang boleh dialih yang terbeku selama ini. Dengan
ini semua harta yang diwasiat mudah di faraid dan dimanfaatkan.
|
|
26. IDEOLOGI POLITIK PARTI KEADILAN
SEJAHTERA (PKS) |
Warjio
Ph.D Programm in Islamic Politics
Universitas Medan Area(UMA)
Medan
Sumatera Utara
Indonesia
Email mywarjio@yahoo.com
|
Abstract:
Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai Ideologi
Politik yang digunapakai oleh Parti Keadilan Sejahtera (PKS). Sebagai parti dakwah,
PKS telah mengambil peranan dalam arena politik Indonesia semenjak ditubuhkan 1998
yang lalu. Sejak 1998 PKS telah mengikuti Pilihan Raya Umum 1999, 2004 dan 2009.
Keberadaan PKS di dalam arena politik Indonesia dianggap memberikan warna baru dalam
membentuk ideologi parti kerana pengaruh Timur Tengah dan sedikit sekali pengaruh Indonesia.
Benarkah demikian? Secara agak mendalam kertas kerja ini akan menerokai asal usul ideologi
PKS serta pengaruhnya baik dalam dalam PKS mahupun dalam arena politik Indonesia.
|
|
27. TAZKIYAH AN-NAFS DALAM PEMBANGUNAN
BERTERASKAN ISLAM. |
Muhammad Tahir
Islamic Development Management Project (ISDEV)
School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Handphone No: 0164561073
Email muhatir@yahoo.com
|
Abstract:
Di dalam diri manusia terdapat dua unsur yang
sentiasa wujud dalam satu masa secara bersamaan iaitu sifat-sifat terkeji (mazmuumah)
seperti ego, sombong, tamak, rakus, rasuah dan sebagainya dan sifat-sifat terpuji
(mahmuudah) seperti jujur, adil, sabar dan sebagainya. Apabila sifat-sifat terkeji
dominan dalam diri manusia ia boleh memudharatkan kehidupan tak terkecuali dalam
bidang pembangunan berteraskan Islam. Bahkan ia boleh membuat sebuah perusahaan
dan negara menjadi bankrap kerana terdapatnya manusia rakus dan tamak yang sentiasa
memikirkan kepentingan kelompoknya dan diri sendiri. Sebaliknya, jika sifat-sifat
terpuji lebih dominan dalam diri manusia ia boleh mewujudkan perasaan aman, sejuk
dan bahagia di kalangan masyarakat. Bahkan ia berpotensi mewujudkan kemakmuran
pembangunan lahir dan batin kerana manusia sebagai pelaku pembangunan dipenuhi oleh
rasa tanggungjwab, amanah, jujur, adil dan sebagainya. Agar sifat-sifat terpuji ini
sentiasa dominan dalam diri manusia ia perlu melakukan proses tazkiyah an-Nafs yakni
menghapuskan sifat-sifat terkeji dan membangunkan sifat-sifat terpuji melalui kaedah-
kaedah tertentu. Kertas kerja ini cuba menerangkan tiga tahap kaedah tazkiyah an-Nafs.
Pertama, takhalli yakni mengosongkan diri daripada segala nafsu yang rendah dan
dilarang Allah S.W.T. Kedua,tahalli yakni mengisi diri dengan segera daripada sifat-
sifat terpuji setelah melakukan pengosongan daripada sifat-sifat terkeji. Ketiga,
tajalli yakni wujudnya dorongan untuk sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji kerana
ia telah bersebati dengan hati. Kertas kerja ini menghujahkan bahawa dengan mengamalkan
tiga tahap kaedah tazkiyah an-Nafs ini secara konsisten manusia boleh mencapai peringkat
iman ayan (iman manusia yang telah beramal dengan ilmunya) dan nafsu mutma’innnah
(nafsu yang tenang atau nafsu yang sentiasa ikut perintah Allah dan Rasul-Nya). Ia
merupakan peringkat iman dan nafsu yang mampu menghapuskan sifat-sifat terkeji dan
membangunkan sifat-sifat terpuji yang berpotensi menjayakan pelaksanaan pembangunan
berteraskan Islam.
|
|
28. FAKTOR-FAKTOR KEPATUHAN DAN KETIDAKPATUHAN
PEMBAYAR ZAKAT FIRTAH DI DAERAH KOTA SETAR TERHADAP INSTITUSI ZAKAT: SATU ANALISIS KRITIKAL
|
Mohd Zulhafiz Bin Said
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Handphone No: +6012-5824163
Tel: +604-6534603
Email mzs0620@yahoo.com
|
Abstract:
Jumlah kutipan Zakat Fitrah di
Daerah Kota Setar adalah rendah berbanding dengan jumlah keseluruhan
penduduk yang beragama Islam yang layak membayar Zakat Fitrah dalam
daerah itu. Ini memberikan impak yang negatif terhadap Institusi
Zakat di Negeri Kedah kerana masih ramai yang tidak membayar Zakat
Fitrah kepada Institusi Zakat. Kertas kerja ini cuba untuk mengetahui
faktor-faktor yang telah dikenalpasti oleh Institusi Zakat di Negeri
Kedah yang menyebabkan kepatuhan dan ketidakpatuhan pembayar Zakat
Fitrah terhadap Institusi Zakat di Negeri Kedah. Seterusnya dapatan
akan digunakan untuk menganalisa secara teoritis keefektifan pihak
pengurusan menangani masalah tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah
temubual mendalam dan juga analisis data sekunder. Temubual mendalam
digunakan untuk lebih menghalusi dan mendalami apakah langkah-langkah
yang diambil untuk mengatasi faktor-faktor penyebab kepada permasalahan
kajian ini. Hasil kajian yang dijangka menunjukkan walaupun dua faktor
utama iaitu kurangnya kepercayaan terhadap Jabatan Zakat Negeri Kedah
terhadap agihan wang Zakat itu dan juga sikap dari pembayar itu sendiri
yang masih menggunakan teknik tradisional dengan membayar terus kepada
asnaf-asnaf dengan menggunakan beras telah dikenalpasti namun pihak
pengurusan kurang mengambil sikap yang berdaya saing untuk menangani
masalah tersebut.
|
|
29. FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN SAMBUTAN
PENGGUNA TERHADAP SKIM PAJAK GADAI ISLAM DAN KONVENSIONAL DI KALANGAN ORANG ISLAM
SEBERANG PERAI. |
Emy Norlyana bt Taha Hsni
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: +604-6534603
|
Abstract:
Kajian ini membincangkan tentang muamalah
gadaian Islam yang merupakan satu kontrak kebajikan. Ia bertujuan membantu
golongan miskin dan yang terdesak untuk mendapat wang segera. Kajian ini
memberi fokus kepada faktor-faktor yang menentukan sambutan pengguna Islam
terhadap skim Ar-Rahnu dan Konvensional di kawasan Seberang Perai. Objektif
khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong
pelanggan berurusan dengan skim Ar-Rahnu dan konvensional. Ia juga bertujuan
untuk menganalisis keberkesanan promosi oleh pihak Ar-Rahnu dalam mempromosikan
Ar-Rahnu. Secara umumnya pula, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi
pelanggan dalam membuat pemilihan sistem gadaian di kalangan pengguna Islam di
Seberang Perai, Pulau Pinang. Di antara kedua-dua pusat Ar-Rahnu dan Konvensional
mempunyai perbezaan dari segi jumlah organisasi, sistem pengurusan dan strategi
promosi yang dapat mempengaruhi sambutan pengguna. Hal ini dapat dibuktikan hasil
dari pengutipan data yang dilakukan. Kajian ini mendapati masih terdapat kelemahan
dari sudut teknikal yang perlu diberi perhatian.
|
|
30. KEBERKESANAN SISTEM AGIHAN ZAKAT:
SUATU PANDANGAN AWAL |
Md Hairi Md Hussain
Kolej Perniagaan
Bangunan Perakaunan
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah Darul Aman
Tel: 04-9283926
Email hairi@uum.edu.my
|
Abstract:
Isu agihan zakat sering menjadi
perhatian ramai. Masyarakat sering mempersoalkan mengenai lebihan
berjuta-juta ringgit wang zakat yang tidak diagihkan kepada asnaf.
Lebihan wang zakat ini bertambah dengan banyaknya dari setahun ke
setahun. Timbul beberapa persoalan mengenai keberkesanan agihan
zakat pada masa sekarang. Berapakah jumlah kutipan dan berapa banyak
kutipan ini diagihkan kepada asnaf yang layak? Kebanyakan wang zakat
diagihkan kepada golongan asnaf yang mana? Berkesankah sistem agihan
yang diamalkan sekarang? Apakah punca berlakunya lebihan zakat? Perlukah
pendekatan baru dilaksanakan dalam sistem agihan zakat sedia ada? Jika
perlu, apakah pendekatan tersebut? Justeru, kertas kerja ini bertujuan
membincangkan secara terperinci mengenai lebihan wang zakat yang tidak
diagihkan kepada asnaf. Di akhir kertas kerja ini, dicadangkan beberapa
pendekatan bagi merungkai persoalan-persoalan ini.
Kata kunci: Agihan, Zakat.
|
|
31. SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN
ZAKAT BERKOMPUTER BAGI PENIAGA KECIL DAN SEDERHANA |
Mohd Hisham Bin Mohd Sharif
Kolej Perniagaan
Bangunan Perakaunan
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah Darul Aman
|
Abstract:
Kewajipan zakat terhadap harta–
harta perniagaan adalah jelas dan disokong oleh banyak nas dari Quran
dan hadis. Setiap perniagaan tidak kira dalam bentuk milikan tunggal,
perkongsian, syarikat, koperasi, perniagaan berasaskan internet atau
apa sahaja perlu membayar hasil daripada harta perniagaan yang diniagakan.
Walaupun zakat perniagaan adalah wajib, sama wajib seperti menunaikan solat,
puasa dan haji namun masih ramai peniaga-peniaga muslim yang masih gagal
untuk melaksanakan kewajiban rukun islam ini. Terdapat banyak faktor yang
menyumbang kepada kegagalan ini, antara salah satu faktor yang penting
adalah wujudnya amalan perekodan simpan kira yang baik oleh peniaga, secara
khusus jika ianya melibatkan peniaga kecil dan sederhana. Faktor rekod simpan
kira yang baik adalah sangat berkait rapat dengan penggunaan teknologi
maklumat untuk membantu memudahkan proses peniaga untuk mentaksirkan jumlah
zakat perniagaan yang perlu dibayar. Kewujudan satu sistem berkomputer untuk
pengurusan kewangan bagi entiti perniagaan yang mengintegrasikan komponen
pengiraan zakat dan pelaporan zakat mungkin dapat membantu peniaga-peniaga
kecil dan sederhana bagi mewujudkan satu rekod simpan kira yang baik seterusnya
dapat menyumbang kepada pembentukan kehendak yang kuat untuk membayar zakat.
Justeru itu, kajian ini ingin meneroka konsep sistem pengurusan kewangan
berkomputer bagi peniaga kecil dan sederhana yang mengintegrasikan komponen
pengiraan dan pelaporan zakat secara digital.
|
|
32. AKTUALISASI NILAI-NILAI SPIRITUAL
ISLAM DIDALAM TINGKAH LAKU BEKERJA PENSYARAH DI KOTA MEDAN
|
Azuar Juliandi
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara(UMSU)
Medan, Sumatera Utara
Indonesia
|
Abstract:
Bekerja di dalam Islam memiliki
makna penting dalam kehidupan. Islam menganjurkan umatnya untuk
memproduksi dan berperanan dalam berbagai bentuk aktivitas ekonomi,
seperti pertanian, perkebunan, perikanan, perindustrian, perdagangan.
Islam memberkahi pekerjaan dunia ini dan menjadikannya sebagai ibadah
dan jihad. Dalam praktiknya tidak semua umat Islam menyadari mengenai
hal ini. Banyak umat Islam bekerja hanya memiliki orientasi kepada
materi dan duniawi sehingga berpengaruh kepada terbentuknya tingkah
laku negatif dalam bekerja iaitu tingkat stres yang tinggi, konflik
dengan rekan kerja, rendahnya kepuasan kerja, komitmen organisasi dan
kinerja kerja serta tingkah laku lainnya. Faktor-faktor yang mempengaruhi
tingkah laku bekerja tersebut, iaitu tingkah laku individu (personal behaviour),
tingkah laku kelompok (group behaviour)dan tingkah laku sistem organisasi
(system behaviour). Sementara di dalam kajian yang berteraskan Islam tingkah
laku seseorang dapat dipengaruhi oleh aktualisasi nilai-nilai spiritual
di dalam dirinya yang merupakan faktor tingkah laku individu. Nilai-nilai
spiritual di dalam Islam diindikasikan melalui akidah, ibadah dan akhlak.
Ketiga perihal ini dapat menentukan bagaimana perilaku seseorang dalam bekerja.
Berdasarkan perihal tersebut di atas maka objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti pengaruh nilai-nilai spiritual di dalam Islam (akidah,
ibadah, dan akhlak) terhadap tingkah laku bekerja (kepuasan kerja, komitmen
organisasi, dan prestasi kerja). Untuk menjawab permasalahan di atas maka
kaedah penyelidikan menggunakan reka bentuk kajian empirik, sedangkan kaedah
pengutipan data menggunakan soal selidik. Sampel penyelidikan adalah para
pensyarah di university muslim di Kota Medan sejumlah 50 orang. Kaedah
analisis data menggunakan kaedah analisis data kuantiatif iaitu Partial
Least Square (PLS) yang merupakan metode alternatif dari Structural
Equation Modeling (SEM). Pengolahan data untuk penyelidikan ini menggunakan
bantuan perisian SMART-PLS.
|
|
33. INTRODUCTION OF IQIBLAT,
MOBILE GPS QIBLAT LOCATER: AN INNOVATIVE WAY TO DETERMINE THE QIBLAT
|
Nasuha Lee Abdullah
School of Computer Sciences, USM
Universiti Sains Malaysia
Mailing address: 548G, Jalan Wee HeinTze, Tanjung Bunga, 11200 Penang.
Handphone No: +6019-4784131
Email:nlee95@yahoo.com
|
Abstract:
Islam is the fastest growing religion
in the world with approximately 1.6 billion Muslims worldwide. More than
20 million Muslims travel around the world yearly. This phenomenan refelcts
the need for an innovative and reliable Qiblat locater to assist traveling
Muslims in performing their prayers. Generally, Muslims use a compass to
determine the North of current location and a booklet containing the coded
location/coordinates of users’ current location to determine the direction
of Kaabah. This method requires 2 ‘devices’, a compass and the booklet to
carry out the task of locating the Qiblat. Users’ pain is when the compass
reacts to nearby magnetic devices and starts giving conflicting direction
of the North when placed in different locations of an area. Also, when the
booklet is missing or the code of the country that the user intent to visit
could not be found. Some users may find it ‘difficult’ to disipher the
information from the booklet and match it with the compass. The above
scenarios gravely crave for an innovative way to locate the Qiblat, anywhere,
anytime easily. This paper attempt to introduce a new product named iQiblat
as in ‘intelligent Qiblat’. iQiblat is a mobile GPS qiblat locater designed
to locate the Qiblat anywhere in the world with ‘one touch’ operation.
The paper will address the uniqueness of the product, current competitors’
product and the design of the product.
|
|
34. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMILIHAN INSURANS KESIHATAN PELAJAR IJAZAH TINGGI: PERBANDINGAN ANTARA
TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
|
Norafizah Mohd Makhtar
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: 04-6534603 atau 019-9133838
Faks: 04-6532124
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan
untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan insurans
kesihatan pelajar ijazah tinggi dari segi perbandingan pilihan
antara takaful dan insurans konvensional di Universiti Sains
Malaysia. Kertas kerja ini mengkaji aspek yang mempengaruhi
pemilihan yang dibuat oleh pelajar ijazah tinggi yang melibatkan
AXA Affin General Insurance Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia
Berhad yang ditawarkan secara khusus bagi insurans kesihatan pelajar
ijazah tinggi USM. Hal ini bagi melihat sejauhmana penerimaan pelajar
terhadap kedua-dua insurans ini. Ia bertujuan melihat perbezaan dari
aspek operasi, amalan-amalan, tuntutan, prosedur urusniaga dan kos
terhadap kedua-dua jenis insurans yang ditawarkan. Objektif kertas
kerja ini ialah untuk mendapatkan maklumat bagi faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan pelajar dan menjawab persoalan kenapa kurangnya
sambutan terhadap Takaful berbanding AXA Affin General Insurance.
Kertas kerja ini mendapati bahawa Takaful kurang mendapat sambutan
dari pelajar ijazah tinggi USM berbanding AXA Affin General Insurance.
Pengetahuan, persepsi, kos dan keyakinan pelajar terhadap Takaful adalah
masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui
lebih memberikan manafaat dan pulangan dalam jangka masa panjang jika
dibandingkan dengan insurans kovensional.
|
|
35. PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP
PERATURAN PEMBAYARAN ZAKAT KEPADA PEJABAT ZAKAT |
Ram Al Jaffri Bin Saad
Kolej Perniagaan
Bangunan Perakaunan
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah Darul Aman
Tel: 04-9283735 atau 013-4476374
Email:ram@uum.edu.my
|
Abstract:
Sambutan peniaga terhadap pembayaran
zakat perniagaan agak mendukacitakan. Satu daripada faktor yang menyumbang
kepada permasalahan ini ialah penerimaan peniaga terhadap peraturan zakat
negeri, iaitu mewajibkan pembayaran zakat kepada pejabat zakat. Kajian ini
bertujuan menjelaskan persoalan mengenai bentuk penerimaan peniaga terhadap
peraturan zakat negeri Kedah dan mengkaji hubungkaitnya dengan gelagat
kepatuhan zakat perniagaan. Pada peringkat awal, sebanyak 100 kenyataan
peniaga mengenai pembayaran zakat kepada pejabat zakat dikumpulkan.
Daripada jumlah tersebut, 24 item yang yang berupa keterangan penerimaan
peniaga terhadap pejabat zakat dibentuk. Item-item ini dimuatkan dalam soal
selidik dan dihantar kepada 700 peniaga tunggal dan perkongsian sekitar
negeri Kedah melalui pos. Keputusan analisis faktor menunjukkan bahawa
bentuk penerimaaan peniaga terhadap pejabat zakat merupakan faktor yang
kompleks dan terdiri daripada lima komponen, iaitu penerimaan am,
penerimaan positif, penerimaan bersyarat, penerimaan syak dan penolakan.
Kecuali komponen penolakan, kesemua komponen penerimaan peniaga didapati
secara signifikan mempengaruhi gelagat kepatuhan zakat perniagaan.
Dapatan kajian ini adalah selari dengan penemuan kajian-kajian sebelum
ini sama ada dalam bidang zakat gaji mahupun bidang-bidang lain seperti
percukaian. Justeru, penambahan bilangan pembayar dan peningkatkan jumlah
kutipan zakat perniagaan pada masa akan datang dapat direalisasikan dengan
melipatgandakan usaha bagi menggalakkan penerimaan masyarakat terhadap peraturan zakat.
Kata kunci: gelagat kepatuhan, zakat perniagaan, penerimaan, peniaga.
|
|
36. GELAGAT KEPATUHAN ZAKAT PERNIAGAAN:
APA KAITANNYA DENGAN NILAI AGAMA? |
Ram Al Jaffri Bin Saad
Kolej Perniagaan
Bangunan Perakaunan
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah Darul Aman
Tel: 04-9283735 atau 013-4476374
Email:ram@uum.edu.my
|
Abstract:
Persoalan mengenai nilai agama
seseorang banyak dibincangkan di dalam literatur. Kebanyakan penulis
sebelum ini cuba membina suatu bentuk pengukuran bagi mengukur nilai
agama seseorang dan hubungannya dengan tingkah laku sehariannya.
Sebahagian besar kertas kerja mengenai nilai agama dijalankan dalam
konteks Barat dan persekitaran agama bukan Islam. Kecenderungan
penyelidik Muslim menggunakan kaedah pengukuran nilai agama
daripada Barat untuk diaplikasi dalam konteks tingkah laku
Islam agak memeranjatkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat
kelompangan dalam literatur yang menjelaskan mengenai nilai agama
dari perspektif Islam. Justeru, kajian ini cuba membina item-item
pengukuran bagi mengukur nilai agama. Item-item pengukuran tersebut
akan melalui proses analisis faktor bagi tujuan kebolehpercayaan dan
kesahihan. Seterusnya, perkaitan antara nilai agama dengan kesediaan
masyarakat untuk membayar zakat akan dikaji.
Kata kunci:
gelagat kepatuhan, zakat perniagaan, nilai agama, peniaga.
|
|
37. KAEDAH PEMBIAYAAN KREDIT
MIKRO AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
|
Raziah Binti Md Tahir
Fakulti Ekonomi
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah
Tel: +6019-5584535
Email:raziah@uum.edu.my
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan
untuk meneliti tiga persoalan utama berkaitan dengan kaedah
pembiayaan kredit mikro AIM daripada perspektif Islam.
Persoalan pertama ialah untuk mengenalpasti asas dan bentuk
al-Qardhul Hasan yang diamalkan dalam AIM dan konsep al-Qardhul
Hasan daripada perspektif Islam. Persoalan kedua ialah untuk
menganalisis bentuk caj pengurusan yang diamalkan dalam AIM
dan kedudukan caj pengurusan daripada perspektif Islam.
Persoalan ketiga ialah untuk merumuskan konsep sebenar yang
digunapakai dalam mekanisme operasi pembiayaan AIM dan
keselariannya dengan hukum syara’. Metodologi kajian adalah
melalui kajian perpustakaan yang melibatkan kaedah kajian
teoretikal dan analisis deskriptif berdasarkan data sekunder,
sorotan karya dan kajian-kajian terdahulu. Hasil penemuan
kajian menjangkakan bahawa pembiayaan kredit mikro AIM
mengandungi unsur riba akibat daripada gabungan antara
kontrak pinjaman al-Qardhul Hasan dengan caj pengurusan.
Kata Kunci : Kaedah, pembiayaan, kredit mikro,
AIM, perspektif Islam, riba, al-Qardhul Hasan,
caj pengurusan, mekanisme operasi.
|
|
38. PEMIKIRAN PEMBANGUNAN
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: ANTARA IDEALISME DAN REALITI
|
Zaleha Binti Embong
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
Tel: +604-6534603
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan
mengenal pasti corak pemikiran pembangunan Tuan Guru Nik Abdul
Aziz Nik Mat sebagai seorang ulama dan Menteri Besar Kelantan
serta melihat perlaksanaan pembangunan berdasarkan idealisme
beliau. Kertas kerja ini akan menganalisis pemikiran pembangunan
berteraskan Islam dari aspek pembangunan insaniah atau rohaniah
iaitu pembangunan dalam membentuk jiwa dan tingkahlaku berlandaskan
Islam. Daripada analisis ini, idealisme tentang pembangunan
insaniah yang cuba diterapkan dan dilaksanakan oleh tokoh dapat
dikenalpasti. Hal ini sangat penting bagi mengetahui tahap
pelaksanaan idealisme pembangunan insaniah yang cuba diaplikasikan
dalam pemerintahanya selaras dengan tuntutan Islam secara realiti.
Kertas kerja ini menguna pakai kaedah penyelidikan perpustakaan
dan temubual. Kajian perpustakaan dilakukan untuk mengenali secara
lebih mendalam tentang tokoh ini dari aspek latar belakang,
penglibatan tokoh dalam arena politik, pemerintahan tokoh di negeri
Kelantan dan sebagainya. Manakala kaedah temubual pula bertujuan
mengenalpasti aliran pemikiran tokoh secara terperinci dan perlaksanaan
idealisme pembangunan insaniah secara realiti. Penganalisisan mendapati
bahawa pembangunan secara insaniah sangat ditekankan dan dilaksanakan
oleh tokoh dalam pemerintahanya agar dapat membentuk modal insan dan
masyarakat yang berjiwa Islam.
|
|
39. PENGHAYATAN PEMBANGUNAN
INSANIAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERMERKASAAN TAMADUN :
TINJAUAN AWAL KE ATAS TAMADUN ANDALUSIA
|
Ab Razak Aripin
Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia
Mailing Address: A03-3b, Jalan Pulai Perdana 11/6,
Taman Sri Pulai Perdana
81110 Skudai, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Email:boss5494@gmail.com
|
Abstract:
Kerajaan Islam Andalusia
Sepanyol diasaskan oleh Abdul Rahman Al-Dakhli (755M). Ia
merupakan kerajaan Islam yang diasaskan oleh khalifah Umaiyyah,
walaupun pada masa itu kerajaan Abbasiyyah adalah khalifah utama
kerajaan Islam. Tujuan kertaskerja ini adalah untuk melihat tahap
pembangunan insaniah yang dilakukan oleh pengasas atau golong pelopor
kerajaan Andalusia dalam melakukan tranformasi masyarakat pelbagai
kaum dan agama di Sepanyol sehingga mampu menjadi satu tamadun yang
gemilang dan hebat. Penulis juga akan membuat kupasan berkaitan usaha–
usaha berterusan yang dilakukan dalam usaha memperkasa tamadun Islam
di situ. Penghasilan kertaskerja ini adalah dengan menggunakan metodologi
kajian perpustakaan dan arkib. Penulis akan melihat pembangunan dan
penghayatan terhadap nilai – nilai insaniah dan hubungannya terhadap
pemerkasaan tamadun . Nilai – nilai insaniah adalah merujuk asas aqidah,
ibadah dan akhlak dalam membentuk watak dan jatidiri insan sementara
pemerkasaan tamadun merujuk kepada proses membina kekuatan asas tamadun
dan pencapaian tamadun. Penulis juga akan mengupas asas - asas yang
dibina oleh Rasulullah SAW di awal Islam dalam usaha membina sahabat –
sahabat yang mampu menjayakan tamadun Islam. Sehubungan dengan itu,
penulis juga akan melihat kesamaan intipati pembangunan insaniah yang
dibina oleh pengasas kerajaan Islam Andalusia Sepanyol dengan Rasulullah
dan perbezaan pendekatan kerana perbezaan sosio politik dan sosial. Hal
ini demikian adalah kerana kerajaan Islam Andalusia Sepanyol dapat membangun
dengan hebat walupun dalam suasana tekanan yang diterima dari dalam dan
luar negara.
|
|
40. PENGURUSAN DAKWAH DI JABATAN AGAMA
ISLAM PULAU PINANG (JAIPP)
|
Maizatul Mazwa Binti Mazlan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
Tel: +604-6534603
|
Abstract:
Tujuan kertas kerja ini dilakukan untuk
melihat perkembangan dakwah dan mengenalpasti pengurusan dakwah yang dilakukan
oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Banyak aktiviti dan operasi
yang telah dianjurkan oleh JAIPP dengan tujuan untuk menyebarkan dakwah kepada
masyarakat. Keadaan ini menunjukkan bahawa JAIPP merupakan badan dakwah yang
sentiasa melakukan aktiviti dakwah untuk menarik perhatian masyarakat terhadap
Islam. Kertas kerja ini juga menilai struktur organisasi JAIPP, sama ada ia
bersesuaian sebagai badan yang menguruskan dakwah. Pengurusan yang dijalankan
di badan dakwah ini perlulah selari dengan tuntutan Islam. Hal ini penting
dalam memastikan JAIPP menguruskan dakwah Islam dengan sempurna. Kaedah soal
selidik dan temubual telah dijadikan sebagai instrument utama kajian lapangan
untuk mengetahui pandangan responden terhadap pengurusan dakwah dalam organisasi
JAIPP. Beberapa orang responden daripada JAIPP telah dijadikan sebagai sampel
bagi kajian. Teknik pengambilan sampel secara rambang telah digunakan. Hasil
kajian mendapati pengurusan dakwah di JAIPP perlu di perluaskan agar objektif,
visi dan misi dakwah tercapai.
|
|
41. ANALISIS POLEMIK TERHADAP PELAKSANAAN
IBADAH HAJI MELALUI PINJAMAN QARDHUL HASAN
|
Mohd Amin Mohamed Sharifulizam
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
Tel: 04-6534603
Faks: 04-6532124
|
Abstract:
Kajian ini dilakukan bagi menganalisis
beberapa pandangan para cendekiawan mengenai isu pelaksanaan ibadah Haji
dengan menggunakan perkhidmatan pinjaman tanpa faedah atau dikenali sebagai
Qardhul Hasan. Haji merupakan suatu ibadah fardhu dalam Islam bagi setiap
muslim yang berkemampuan. Namun, wujud dua isu berbeza terhadap aspek
berkemampuan tersebut iaitu berhutang di dalam Islam untuk menunaikan haji
dan menunaikan haji dalam keadaan berhutang. Justeru itu, wujud pelbagai
persepsi dalam kalangan sesetengah pihak yang beranggapan bahawa ibadah ini
hanya membebankan terutamanya pada era anjakan paradigma ekonomi kini.
Justeru, bertitik-tolak daripada isu ini timbul kekeliruan mengenai
perlaksanaan ibadah haji dengan kaedah pinjaman (hutang), yang dibayar
kemudian secara ansuran tanpa faedah (Pinjaman Qardhul-Hasan), tambahan
pula dengan keadaan mutakhir ini, ketika orang ramai mudah untuk mendapatkan
pembiayaan atau pinjaman daripada institusi kewangan Islam di Malaysia.
Kaedah penyelidikan yang digunakan di dalam kajian ini ialah kajian
teoritikal secara kualittatif dengan menggunakan sumber sekunder (secondary data).
Kajian teoritikal dijalankan bagi menganalisis perbezaan pendapat dan
pandangan para cendekiawan Islam melalui konsep-konsep teoritikal yang
berlandaskan hukum syarak dan nas-nas Islam. Analisis telah dijalankan
terhadap polemik beberapa pandangan para ulamak Islam mengenai kedudukan
pelaksanaan Haji dengan menggunakan pinjaman Qardhul Hasan dalam Islam.
Kajian ini akan meneliti tiga kerangka utama yang akan dibincangkan iaitu
melalui aspek pelaksanaan ibadah haji itu sendiri, pinjaman yang ditawarkan
tanpa faedah (Qardhul Hasan) dan analisis polemik terhadap perbezaan pendapat
tokoh-tokoh agama terhadap isu ini.
|
|
42. SEJARAH DISIPLIN ILMU TASAWWUF: SATU ANALISIS
|
Mohd Miqdad Aswad Ahmad
Calon Sarjana Pengajian Islam
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian
Universiti Sains Malaysia
|
Abstract:
Tasawwuf merupakan satu bahagian
daripada tiga bahagian pokok dalam Islam Tawhid, Fiqh dan Tasawwuf.
Ilmu Tasawwuf sama seperti ilmu Islam yang lain mempunyai sejarah
yang tersendiri. Istilah ilmu tasawwuf tidak pernah muncul pada zaman
Rasulullah s.a.w. sama juga seperti ilmu yang lain seperti Tawhid dan
Fiqh yang tidak pernah disebut secara zahir oleh Muhammad s.a.w. Dalam
kertas kerja ini akan mengkaji dan menganalisis sejarah kelahiran
disiplin ilmu tasawwuf. Bagaimana selama ini muncul persoalan rutin
yang terpaksa dilalui oleh ahli tasawwuf, Bilakah ilmu tasawwuf ini
wujud? Jika pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak wujud mengapa pada zaman
selepas kewafatan Rasulullah diwujudkan ilmu tasawwuf ini? Adakah ilmu
ini untuk menyesatkan penganut agama Islam? Adakah ilmu ini merupakan
satu bid‘ah baharu yang sengaja disensasikan oleh penjahat terhadap
kesucian agama Islam? Jadi kertas kerja ini akan berusaha menganalisis
fakta-fakta sejarah kelahiran disiplin ilmu tasawwuf untuk sama-sama
mengenal pasti kelebihan dan kebaikan ilmu tasawwuf ini.
|
|
43. TAFSIR MAWDU’IY DALAM KAJIAN
PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM: SATU TINJAUAN AWAL
|
Mohd Shukri Hanapi
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: 04-6534603 atau 013-4603878
Faks: 04-6532124
Email: hshukeri@yahoo.com
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan
untuk meninjau kedudukan dan kesesuaian Tafsir Mawdu’iy (tematik)
dalam kajian ilmu pembangunan berteraskan Islam. Tafsir Mawdu’iy
merupakan salah satu pendekatan tafsir al-Qur’an, selain dari
Tafsir Tahlili(analisis). Melalui tafsir al-Qur’an, para penyelidik
ilmu pembangunan berteraskan Islam akan dapat memahami sesuatu ayat
al-Qur’an yang dikaji itu dengan lebih jelas dan tepat. Kertaskerja
ini berpendirian bahawa antara dua pendekatan tafsir ini, Tafsir
Mawdu’iy adalah lebih sesuai dipakai untuk mengkaji beberapa
persoalan utama dalam pembangunan berteraskan Islam seperti tasawwur
dan prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kenapakah demikian?
Kertas kerja ini akan cuba menjawab persoalan ini dengan menumpukan
perbincangan kepada pelbagai pandangan pakar dalam bidang tafsir dan
ahli akademik tentang Tafsir Mawdu’iy ini. Pandangan-pandangan ini
ditinjau berdasarkan penulisan-penulisan yang sedia ada.
|
|
44. SEJARAH KEMUNCULAN DAN
PERKEMBANGAN AJARAN SIFAT 20 DI ALAM MELAYU
|
Dr. Masakaree Ardae @ Nik Muhammad Syukri Nik Wan Al-Fatani
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden,Pulau Pinang
Tel: 04-6532910
Email: mohdsyukri_nikwan@yahoo.com
|
Abstract:
Ramai ulama Islam yang mencampurkan
penulisan ilmu akidah ketuhanan dengan ilmu falsafah. Percampuran ini
menimbulkan kesamaran tentang fahaman akidah orang Islam. Dalam rangka
menyelesaikan permasalahan tersebut, Al-Imam Al-Sanusi memperkenalkan
sebuah ajaran yang mudah difahami iaitu Sifat 20 dan menjadi pilihan
bagi kebanyakan ulama di pusat-pusat pengajian Islam di merata tempat.
Namun, bilakah munculnya ajaran tersebut di alam Melayu dan sejauh
manakah perkembangannya? Memandangkan persoalan tersebut belum dibincang
secara serius oleh mana-mana pengkaji, maka kertas ini cuba memecahkan
persoalan tersebut. Sehubungan dengan itu, objektif kertas kerja ini
adalah untuk merongkai kesejarahan dan perkembangan ajaran Sifat 20
di alam Melayu. Bagi mencapaikan objektif tersebut kajian ini menggunakan
analisis kandungan melalui data-data sekunder (iaitu kajian keperpustakaan).
Ajaran Sifat20 pernah dibicarakan kali pertama oleh seorang ulama Kedah
iaitu Ahmad bin Aminuddin Qadhi dalam sebuah Kitab Tauhid tanpa judul
dan turut disebar luas kemudiannya oleh ulama Aceh, Patani dan lain-lain.
Kata Kunci: Sifat 20, Sifat Dua Puluh, Umm al-Barahin
dan Al-Imam Al-Sanusi
|
|
45. WAKAF POKOK KELAPA: KAEDAH
KEBENARAN DAN POTENSI EKOMONI UMMAH
|
Al. Umry
Universitas Pembinaan Masyarakat Indonesia(UPMI)
Medan, Sumatera Utara
Indonesia
Email: al.umry@yahoo.co.id
|
Abstract:
Islam adalah ugama yang menyeru
kepada umah untuk melaksanakan dua peran sekaligus dalam kehidupan
di bumi Allah swt, yaitu peran sebagai hamba Allah Swt dalam konteks
habumminallah dan sekaligus menjadi khalifah di bumi Allah dalam
konteks hablumminannas. Kedua peran itu tidak boleh terpisah, karena
peran sebagai khalifah berhubungan nyata dalam mendukung peran umah
sebagai hamba Allah, swt. Hal ini semata-mata untuk mendapatkan
mardhatillah (keridhoan Allah swt).Dalam melaksanakan peran sebagai
khalifah, maka umah dituntut untuk mempunyai perhatian terhadap sesama,
termasuk melakukan berbagai upaya, agar umah dapat terhindar dari
kesengsaraan. Salah satu kesengsaraan nyata yang dapat menjerumuskan
umah kepada perbuatan yang tidak diridhoi Allah swt, adalah kemiskinan.
Karena kemiskinan mengarah kepada kekupuran, yang dapat menyebabkan
umah berpaling dari Allah swt. Oleh karena itu pemikir-pemikir Islam
berkewajiban mencari solusi untuk menyelamatkan umah dari kesesatan.
Salah satu solusi yang ditawarkan dalam kesempatan ini, adalah menjadikan
wakaf pokok kelapa sebagai salah satu alternatif peningkatan ekonomi umah.
Kenyataan menunjukan bahawa di Air Joman, Kabupaten Asahan, Sumatera Utara,
Indonesia, ada keberhasilan nyata dari pelaksanaan wakaf pokok kelapa,
yaitu ramai terbinanya sarana ibadah dan pendidikan masyarakat awam.
Namun terhad pada kegiatan ibadah dan pembangunan sarana pendidikan
sahaja, belum terpikir mengembangkan dana wakaf pokok kelapa, untuk
peningkatan ekonomi umah. Hal ini layak dijadikan pemikiran guna
memperkaya lembaga-lembaga ke Islaman yang dapat diberdayakan untuk
kemaslahatan umah. Satu hal lagi yang menarik dari lembaga wakaf pokok
kelapa ini adalah, pewakif boleh berasal dari berbagai golongan,
termasuk wakif yang hanya memiliki beberapa batang pokok kelapa sahaja.
Ini menunjukan bahawa dalam pelaksanaan wakaf pokok kelapa boleh sahaja
dilakukan oleh wakif yang terhad hartanya. Oleh karena itu perlu pengkajian
tentang apa yang mendorong wakif yang terhad harta untuk berwakaf dalam
ujud pokok kelapa.
|
|
46. POTENTIAL OF ZAKAT
FUND AMONG MUSLIM SOCIETY IN BANGKOK, THAILAND: A RESEARCH PROPOSAL
|
Ekarat Sitisan
Prince of Songkla University
Pattani Campus
Thailand
Handphone No: +6016-4552074
Email: fahd_29@hotmail.com
|
Abstract:
Although zakat payment is on
individual basis in accordance the Holy Quran and Hadith, zakat
should have the good management because zakat is more than a
personal worship; it is also a social institution that plays a
very important role in social development and economic welfare.
In Bangkok, Thailand, there are also zakat funds but there is no
research done on it. Moreover, it probably has some weaknesses
that have to be proved. To understand the condition of zakat fund
in Bangkok, at least five questions are arisen. Firstly, what is
actually the state of zakat management in Bangkok now? Secondly,
what are Bangkok Muslims thinking about zakat fund? Thirdly, what
are the potential of zakat fund in Bangkok? Fourthly, what are
the problems of zakat management in Bangkok? Lastly, how is it
improved? The aim of this paper is to propose a research about
the potential of zakat fund in Bangkok. In particular, the
discussion focuses on the existing practice of zakat management
in Bangkok and the significant of conducting this proposed research.
The outcome of this proposed research is hoped to improve the efficiency
of zakat administration in Bangkok and provide a great insight to
Muslims society in Bangkok and the policy makers.
|
|
47. INDIKATOR-INDIKATOR (PENUNJUK)KEPADA
PENARAFAN SUKUK DI MALAYSIA
|
Norhayati binti Abdullah
Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
Universiti Darul Iman
Kampus KUSZA,Gong Badak
21300,Kuala Terengganu
Terengganu
Handphone No: +6012-9596979
Email: norhayati_abdullah@yahoo.com.my
|
Abstract:
Sukuk merupakan satu instrumen
kewangan Islam yang merupakan alternatif kepada bon konvensional.
Seperti bon, sukuk juga perlu melalui proses penarafan oleh agensi-agensi
penarafan tempatan atau antarabangsa yang diiktiraf oleh kerajaan.
Penarafan merupakan mandatori kepada setiap sukuk yang hendak
diterbitkan bagi menilai keupayaan kredit (creditworthiness) sesuatu
sukuk yang diterbitkan oleh sesuatu entiti perniagaan. Penarafan
dilakukan berasaskan penilaian yang dibuat oleh badan penarafan
bebas bagi mengelaskan risiko sesuatu terbitan bon. Namun begitu,
untuk mendapat penarafan yang terbaik, ia perlu mempunyai kualiti
tertentu yang akan menentukan apakah taraf yang akan diperolehi.
Oleh itu kertas kerja ini ingin melihat apakah indikator-indikator
yang digunakan oleh Rating Agency Malaysia Berhad (RAM) dalam
membuat penilaian penarafan terhadap instrumen sukuk. Bagaimanakah
proses untuk mengukur setiap indikator dilakukan? Kertas kerja ini
akan memfokuskan kepada pelaksanaan penarafan oleh Rating Agency
Malaysia Berhad (RAM) kerana agensi ini merupakan agensi yang
berpengaruh dalam pasaran di Malaysia. Hasil penelitian kertas kerja
ini diharap dapat menunjukkan apakah indikator yang paling diutamakan
dalam membuat penarafan terhadap sukuk. Dengan mengenalpasti
indikator berkenaan, pengeluar sukuk perlu melihat keupayaan syarikat
sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan sesuatu sukuk. Ini juga
dapat membantu para pelabur membuat pilihan pelaburan yang terbaik
bagi memastikan mereka mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dibuat.
Kata kunci : Sukuk, penarafan, RAM, indikator
|
|
48. PANDANGAN BEBERAPA
PEMIMPIN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) TERPILIH TERHADAP ISLAM HADHARI
|
Suraya Binti Ab Jaafar
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden,Pulau Pinang
Tel: 04-6534603
|
Abstract:
Islam Hadhari merupakan
sebuah pendekatan yang diperkenalkan dan diusahakan oleh kerajaan
Malaysia. Pendekatan ini juga dipanggil sebagai pendekatan pembangunan
dari atas ke bawah (top-down approach). Strategi pendekatan Islam
Hadhari dilaksanakan adalah untuk memberi penekanan kepada aspek
pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban
yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha
mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, sains dan
teknologi, pembangunan insan dan pembangunan fizikal. Secara umumnya,
rakyat melihat pendekatan ini adalah patut dan perlu dilaksanakan
dalam pembangunan di Malaysia agar suasana dan nilai-nilai Islam
terus wujud dalam pembangunan di Malaysia. Namun begitu, dalam
kerajaan ingin melaksanakan pendekatan pembangunan berteraskan
Islam ini, terdapat halangan dan bantahan daripada pihak Parti
pembangkang PAS yang tidak pernah menyokong kerajaan dalam
melaksanakan Islam Hadhari. Hal ini menjadi persoalan kerana PAS
merupakan sebuah parti yang menegak dan memperjuangkan Islam.
Situasi ini juga menunjukkan bahawa terdapat kelemahan atau kekurangan
dalam pendekatan Islam Hadhari dari perspektif pihak PAS. Oleh demikian,
kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor penentangan PAS
terhadap Islam Hadhari dan ingin mengetahui pandangan-pandangan pemimpin
PAS yang terpilih melalui temu ramah serta penulisan-penulisan formal dari
pihak PAS. Kemudian akan menganalisis faktor-faktor dan pandangan-pandangan
tersebut supaya dapat menyatupadukan dan memperbaiki sebuah strategi
pendekatan pembangunan berteraskan Islam iaitu Islam Hadhari.
|
|
49. TUNTUTAN DAN CABARAN AMALAN TASAMUH
DI MALAYSIA
|
Zul-kifli bin Hussin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden,Pulau Pinang
Tel: 04-6532910
Email:zulhssin@yahoo.com
|
Abstract:
Tasamuh atau toleransi merupakan
tuntutan dalam ajaran Islam. Namun, tidak semua orang dapat memahaminya
secara benar dan tepat. Ada di kalangan umat Islam yang bersikap terlalu
longgar hingga menghilangkan keaslian serta kemurnian ajaran Islam.
Bahkan tindakan itu kadang-kadang bercanggah dengan akidah. Ada juga
yang terlalu ketat hingga menyempitkan ajaran Islam yang akhirnya akan
menghilangkan keindahan ajaran Islam. Sementara masyarakat non muslim
pula melihat Islam sebagai agama yang tidak bertoleransi. Pemahaman
dan cara berfikir umat Islam dan non muslim dalam hal ini perlu
diperbetulkan segera. Kertas kerja ini berhasrat menjawab permasalahan
tersebut menerusi tinjauan ke atas literatur dan amalan yang berlaku
dalam masyarakat Malaysia khususnya dan umat Islam secara amnya. Pada
akhir kertas kerja ini, diharapkan dapat dirumuskan nilai-nilai tasamuh
berdasarkan ajaran Islam yang sebenar seterusnya membuka persepsi baru
terhadap imej ajaran Islam.
|
|
50. PEMAHAMAN TAKAFUL UNTUK PENGEMBANGAN EKONOMI UMAT
|
Datuk Khairil Anwar
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara(UMSU)
Medan, Sumatera Utara
Indonesia
Handphone : 08126066691
Faks : 061-6627891
Email:biak89@yahoo.com
|
Abstract:
Takaful adalah bagian yang cukup
penting dalam kehidupan ummat Islam. Dalam Al-Qur’an dan Hadits umat
Islam diperintahkan untuk merencanakan apa yang kita perbuat untuk masa
depan seperti merencanakan takaful untuk kehidupan hari esok. Takaful
merupakan perbuatan tolong menolong atau beperkhidmatan dan merupakan
perniagaan atas prinsip suka rela, ia bukan perbuatan yang hanya
menguntungkan satu pihak sahaja, dan boleh membantu orang yang menghadapi
kesulitan dalam kehidupannya. Bagi umat islam takaful sangat berguna
untuk menjamin kehidupan di masa depan dengan tidak meninggalkan
nilai-nilai Islam itu sendiri yakni tidak mengandung unsur riba,
maysir dan gharar sehingga takaful menjadi salah satu perniagaan yang
digunakan oleh ummat Islam sejak dahulu hingga sekarang. Walaupun
banyak pertentangan para ulama tentang boleh tidaknya takaful digunakan
namun apabila melihat kemashlahatannya bagi ummat, maka takaful patut
untuk dikembangkan sebagai bagian dari sistem perekonomian Islam.
Apalagi dalam masa modern ini banyak tumbuh persyarikatan insurans
konvensional yang terang-terangan mengandung riba, maysir, dan gharar.
Persyarikatan insurans konvensional ini akan berkembang apabila ummat
Islam tidak mengimbangi dengan sistem Islam. Kertas kerja ini bertujuan
untuk melengkapi kajian-kajian di atas, dimulai daripada makna
takaful, perkembangan takaful, dan pandangan-pandangan mengenai takaful.
Manfaat kajian ini adalah untuk memperkaya khazanah pembicaraan takaful
sehingga dapat menjadi rujukan bagi pelajar, penyarah maupun praktisi
sehingga takaful dapat menjadi bagian penting dalam sistem perekonomian
Islam.Untuk mengembangkan takaful ke arah yang lebih baik, maka pihak pelajar,
penyarah dari universiti harus melakukan kajian-kajian takaful secara
terus-menerus dan mempubikasikannya kepada masyarakat luas tentang
keunggulan-keunggulan takaful dibanding dengan insurans konvensional.
Apabila ini dapat diwujudkan maka sistem ekonomi Islam akan menjadi acuan
bagi masyarakat dunia yang melaksanakan sistem ekonomi kapitalis.
|
|
51. Undang-Undang Produk Halal di Indonesia:
Perspektif Perlindungan Pengguna
|
Farid Wajdi
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara(UMSU)
Medan, Sumatera Utara
Indonesia
Handphone : +628126511471
Faks : +62616618746
Email:farid_w70@yahoo.com
|
Abstract:
Sememangnya tidak dapat dinafikan
produk halal merupakan satu perkara yang sangat penting mengingat
betapa kompleksnya produk makanan dewasa ini. Melihat kepada ajaran
Islam yang memerintahkan umatnya agar memakan dan menggunakan bahan
yang baik, suci, dan bersih, wajar terdapat tuntutan masyarakat
untuk mendapatkan kepastian akan produk halal. Salah satu cara untuk
memenuhi hal itu adalah melalui penguatkuasaan Undang-Undang Produk
Halal. Indonesia dengan penduduk muslim terbesar di dunia, belum
dapat menerapkan Undang-Undang Produk Halal yang berlaku secara
nasional. Kerajaan Indonesia telah mengambil pelbagai inisiatif
untuk memperkenalkan polisi iaitu garis panduan bagi industri
makanan dan juga langkah memperkemaskan ruang lingkup Undang-Undang
sama ada dari aspek pelaksanaan dan penguatkuasaan. Namun begitu,
dari aspek perlindungan pengguna masih banyak kekangan dan permasalahan
dari sudut Undang-Unang sedia ada seperti yang dilaporkan dalam media
massa mahupun yang terkandung di dalam karya penulisan akademik. Oleh
sebab itu timbul persoalan, bagaimanakah Undang-Undang Produk halal di
Indonesia? Kertas kerja ini akan mengupas isu undang-undang yang
berkaitan dengan produk halal dan akan menekankan pada aspek perlindungan pengguna.
|
|
52. PERANAN WANITA DALAM PENGURUSAN
PEMBANGUNAN ISLAM: SATU ANALISIS
|
Hasliza Saad
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden,Pulau Pinang
Handphone : 04-6534603
Faks : 04-6532124
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan
untuk menganalisis peranan wanita dalam Pengurusan Pembangunan
Islam yang menjelang abad ke 21. Penglibatan wanita dalam pelbagai
sektor membawa kepada perubahan yang positif kepada negara dalam
mengurangkan masalah sosial dan sebagainya. Analisis ini dibuat
berdasarkan kaedah perpustakaan yang menggunakan buku-buku serta
tesis-tesis yang berkaitan. Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa
golongan wanita memainkan peranan penting dalam sesebuah negara
khususnya dalam Pengurusan Pembangunan Islam.
|
|
53. NILAI PROFESIONALISME DALAM PENGURUSAN:
PENELITIAN MENURUT PERSPEKTIF KONVENSIONAL DAN ISLAM
|
Hazwani Mohamad Nor
Calon Sarjana
Jabatan Syariah dan Pengurusan
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Handphone : 012-2041427
Email:hazwani_mdnor@yahoo.com.my
|
Abstract:
Pengamalan nilai profesionalisme amat
ditekankan di kalangan kakitangan dalam sesebuah organisasi. Nilai
profesionalisme melahirkan kakitangan yang profesional dalam pelaksanaan
tugas. Segala tugas yang dilaksanakan dipastikan mencapai suatu standard
yang dikehendaki dan ini seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.
Sehubungan itu, kertas kerja ini cuba meneliti konsep profesionalisme secara
khusus, dengan membuat perbandingan menurut perspektif konvensional dan juga
Islam. Apakah pandangan Islam terhadap nilai profesionalisme? Apakah terdapat
perbezaan yang ketara bagi nilai profesionalisme ini jika dilihat daripada
perspektif konvensional dan juga Islam? Mengapa perbezaan-perbezaan ini boleh
terjadi? Hasil penelitian ini nanti diharap dapat memberi gambaran teoritikal
tentang konsep nilai profesionalisme itu sendiri bagi memudahkan pengamalannya
dalam pengurusan organisasi.
Kata kunci: Profesionalisme, Etika Pengurusan
|
|
54. ASPEK HABL MIN ALLAH DAN HABL MIN AL-NAS
DALAM AMALAN KOD ETIKA ISLAM: PENGALAMAN TABUNG HAJI
|
Nor `Azzah binti Kamri, PhD
Jabatan Syariah dan Pengurusan
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Felo Bersekutu ISDEV, USM.
Tel: 03-79676131
Fax: 03-79676140
Email:azzah@um.edu.my
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan
membincangkan dua bentuk hubungan yang cukup signifikan dalam
kehidupan Muslim iaitu hubungan dengan Allah (habl min Allah)
dan hubungan sesama manusia (habl min al-nas). Kedua-dua
bentuk hubungan ini dibincangkan dalam konteks amalan kod
etika Islam dengan mengambil Tabung Haji sebagai kajian kes.
Selain membincangkan kepentingan kedua-dua bentuk hubungan ini,
kertas kerja ini turut meneliti sejauhmana kedua-dua bentuk
hubungan ini diterjemahkan dalam amalan kod etika Islam di
kalangan kakitangan Tabung Haji. Ia dilihat dari sudut nilai-nilai
yang termuat dalam kod etika Tabung Haji itu sendiri dan juga
aplikasinya dalam budaya kerja kakitangan seharian. Untuk itu,
aspek hubungan dengan Pencipta, hubungan sesama rakan sekerja,
kepimpinan dan hubungan dengan pelanggan diberi penekanan.
Hasil maklum balas responden memperlihatkan hubungan dengan
Allah (habl min Allah) dan hubungan sesama manusia(habl min al-nas)
telah diberi penekanan sewajarnya. Nilai mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t. dan aspek hubungan dengan Pencipta paling ditekankan
berbanding nilai-nilai dan hubungan-hubungan yang lain. Ini adalah
sesuatu yang wajar dan patut menjadi keutamaan dalam kehidupan Muslim.
Ia memastikan segala yang dilakukan sentiasa berada dalam lingkungan
syarak, terarah bagi mendapat keredhaanNya dan mendatangkan manfaat
kepada semua lapisan masyarakat. Dengan demikian, matlamat amalan
kod etika Islam dan peranan manusia sebagai hamba dan khalifah
Allah s.w.t. dapat direalisasikan.
Kata kunci: Kod Etika Islam,
Habl min Allah, Habl min al-Nas, Tabung Haji
|
|
55. ETIKA PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN PEKERJA:
PERBANDINGAN ANTARA PENDEKATAN ISLAM DAN KONVENSIONAL
|
Nurul Husna Bt Abdul Malik
Jabatan Syariah dan Pengurusan
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Handphone: 014-2350413
Email:unnna83@yahoo.com
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan
untuk membincangkan etika dalam Islam yang digambarkan sebagai
akhlak. Ia merupakan ilmu berkaitan dengan kebaikan dan keburukan
yang ditentukan berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis. Perbincangan
kertas kerja ini memfokuskan kepada pelaksanaan etika Islam dalam
pengambilan dan pemilihan pekerja. Ia merangkumi dari segi
sumber-sumber pengambilan pekerja serta cara-cara pemilihan
yang dilakukan oleh pihak pengurusan sumber manusia. Ini akan
memperlihatkan kepada kita tentang kaedah Islam dalam pemilihan
dan pengambilan pekerja dalam sesebuah organisasi. Untuk itu,
langkah-langkah pengambilan dan pemilihan pekerja menurut sirah
Rasulullah s.a.w diketengahkan sebagai panduan dan model dalam hal
ini. Seterusnya kertas kerja ini turut cuba meninjau apakah wujud
titik persamaan mahupun perbezaan antara etika dalam pengambilan
dan pemilihan pekerja menurut pendekatan Islam dan juga konvensional.
Hal ini cukup penting dalam usaha untuk memastikan pengurusan organisasi
yang diterajui oleh pelbagai lapisan pekerja berjalan lancar secara adil
dan saksama.
Kata kunci: Etika Islam, Pengurusan Sumber Manusia,
Pemilihan dan Pengambilan Pekerja
|
|
56. PRINSIP PEMBANGUNAN ISLAM DALAM MUQADDIMAH IBN KHALDUN
|
Radieah Mohd Nor
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6534603
Email:radieahmohdnor@yahoo.com
|
Abstract:
Ibn Khaldun merupakan cendiakiawan ulung
yang mendapat jolokan sebagai Bapa Sosiologi. Kitab Mukadimahnya telah menjadi
rujukan dalam pelbagai bidang, seperti dalam bidang percukaian, pendidikan dan
pemerintahan. Walaupun pelbagai disiplin ilmu telah menggunakan kitab tersebut
sebagai rujukan untuk mengembangkan ilmu yang berkaitan, namun bidang pembangunan
Islam masih belum lagi menggunakan kitab tersebut sebagai bahan rujukan utama
seperti disiplin-disiplin ilmu yang lain. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan
untuk mengenal pasti prinsip-prinsip pembangunan Islam yang terdapat dalam kitab
Mukadimah Ibn Khaldun. Ia kemudian digunakan untuk menilai Tujuh Prinsip Pembangunan
Berteraskan Islam yang telah dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh. Perbincangan
dan penganalisaan kertas kerja ini akan menggunakan kaedah analisis kandungan.
Melalui kertas kerja ini, diharapkan ia boleh memantapkan lagi prinsip-prinsip
pembangunan Islam yang sedia ada.
|
|
57. ETIKA KEPIMPINAN ISLAM DALAM PENGURUSAN ORGANISASI
|
Wan Mohd Azfar Bin Wan Mohd Zain
Calon Sarjana
Jabatan Syariah dan Pengurusan
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Tel: 012-9383797
Email:ibnwanza@yahoo.com
|
Abstract:
Kejayaan dan kemajuan sesebuah organisasi
bergantung kuat kepada gaya kepimpinan. Ia juga berkait rapat dengan kesedaran
untuk menunaikan tanggungjawab kepimpinan dengan sebaik mungkin. Untuk itu,
seseorang pemimpin haruslah mempunyai etika kepimpinan. Etika kepimpinan ini
sangat penting kerana ianya memberikan satu garis panduan dan dasar kepada
barisan pemimpin dalam urusan pentadbiran dan pengurusan organisasi. Kertas
kerja ini bertujuan untuk meneliti etika kepimpinan yang digariskan oleh
Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ini seterusnya
membawa kepada penonjolan keunggulan etika kepimpinan Islam berbanding konvensional.
Penelitian juga dibuat terhadap ciri-ciri ketokohan seorang pemimpin dalam
menjalankan tanggungjawab dengan penuh etika. Hasil penelitian diharap dapat
menjadi penunjuk arah kepada para pemimpin di peringkat organisasi sehinggalah
ke peringkat negara dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin
yang penuh beretika dan memperoleh redha Ilahi.
Kata kunci: Etika Kepimpinan,
Pengurusan Islam, Kepimpinan Islam
|
|
58. KECENDERUNGAN KHUTBAH JUMAAT DALAM
KOLEKSI EMAS KHUTBAH JUMAAT MASJID AL-MALIK KHALID, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
|
Ahmad Anwar bin Rosli
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6534603
|
Abstract:
Khutbah Jumaat ialah pidato
yang diucapkan oleh seorang khatib di hadapan jemaah Jumaat
sebelum solat dilaksanakan dengan syarat-syarat dan rukun-rukun
tertentu. Isu Khutbah Jumaat telah dikaji dan diperbincangkan
dari pelbagai sudut dan lapangan. Antaranya dari segi komunikasi,
penggunaan hadith, dan semantik serta aspek-aspek lain. Di Malaysia,
khususnya di Universiti Sains Malaysia (USM), isu berkaitan Khutbah
Jumaat sering kali diperbincangkan terutamanya di kalangan cendekiawan
serta ahli agama. Pelbagai kajian telah dilakukan, namun masih
terdapat banyak lagi permasalahan tentang Khutbah Jumaat yang masih
perlu diselesaikan. Oleh sebab itu, kertas kerja ini akan cuba
mengenal pasti kecenderungan Khutbah Jumaat berdasarkan Koleksi
Emas Khutbah Jumaat Masjid al-Malik Khalid, USM. Melalui kertas
kerja ini, tajuk-tajuk Khutbah Jumaat akan dikenal pasti.
Seterusnya, kecenderungan intipati-intipati bagi setiap tajuk
Khutbah Jumaat akan dianalisis. Akhirnya, suatu generalisasi akan
dihasilkan berdasarkan kecenderungan tersebut. Kertas kerja ini
hanya menjurus kepada Khutbah Jumaat Umum yang merangkumi 23
teks Khutbah Jumaat pertama. Kertas kerja ini terhasil melalui
pembacaan, penghayatan, serta penelitian terhadap isi-isi Khutbah
Jumaat Umum tersebut. Menerusi kertas kerja ini, rumusan mengenai
kecenderungan Khutbah Jumaat dalam Koleksi Emas Khutbah Jumaat
Masjid al-Malik Khalid, USM dapat dihasilkan.
|
|
59. KEDUDUKAN DAN PROBLEMATIKA
HUKUM TERHADAP PELAKSANAAN JAMINAN PADA PEMBIAYAAN BAGI HASIL
|
Avrizal Hamdhy Kusuma
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara(UMSU)
Medan, Sumatera Utara
Indonesia
|
Abstract:
Kertas ini menguraikan tentang
kedudukan jaminan pada pembiayaan bagi hasil sebagai syarat
falkultatif. Namun realitinya, jaminan merupakan syarat imperatif
yang harus dipenuhi untuk mendapatkan fasilitas pembiayaan.
Jaminan pada prinsip bagi hasil merupakan sarana untuk merekonstruksi
dan reorganisasi dalam dunia perbankan yang membezakan dengan prinsip
jaminan kredit dalam bank konvensional. Namun, ius contitutum tidak
mengatur tentang sistem hukum jaminan yang diterapkan dalam pelaksanaan
jaminan pada pembiayaan bagi hasil sehingga dapat menimbulkan
ketidakpastian yang dapat berpotensi timbulnya penyelundupan
nilai-nilai yang tidak sesuai dengan hukum Islam. Sehubungan dengan
hal tersebut, maka akan diselidiki dalam kertas kerja ini apakah
pelaksanaan jaminan dalam pembiayaan bagi hasil telah sesuai dengan
prinsip syariah yang kaffah dan istiqomah.
|
|
60. PENGEMBANGAN ZAKAT PRODUKTIF
DI SUMATERA UTARA |
Ali Mukti
Universitas Pembinaan Masyarakat Indonesia Medan
Jl.Teladan No.15 Medan 20217
Indonesia
Email:alimuktim@yahoo.co.id
|
Abstract:
Pengagihan dana zakat kepada mustahiq
boleh dibuat dalam tiga bentuk. Pertama ialah dana zakat diagihkan
keseluruhan kepada mustahiq dalam bentuk konsumtif. Kedua ialah dana
zakat diberdayakan terlebih dahulu dan hanya keuntungan dari hasil pemberdayaan itu
diagihkan kepada mustahiq. Ketiga ialah dana zakat diagihkan kepada kepada mustahiq
sejumlah tertentu kemudian bakinya disalurkan kepada ummah yang memerlukan sebagai
modal perniagaan. Persoalannya, di Sumatera Utara secara umum dana zakat diagihkan
keseluruhan kepada mustahiq dalam bentuk konsumtif tanpa pemberdayaan terlebih dahulu.
Pengagihan dalam bentuk konsumtif ini tentunya tidak banyak membawa perubahan dalam
meningkatkan ekonomi ummah karena agihan zakat hanya digunakan oleh mustahiq untuk memenuhi
keperluan asas. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis satu bentuk pengagihan dana
zakat yang lebih baik supaya dana zakat dapat diperkasakan sebagai lembaga pemberdayaan
ekonomi ummah. Bentuk pengagihan ini istilahkan sebagai pengembangan zakat secara produktif.
|
|
61. MEREALISASIKAN KEWUJUDAN AL-QARD DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN
ISLAM SEBAGAI SATU ALTERNATIF BAGI MENDAPATKAN PEMBIAYAAN PERIBADI |
Nasri Naiimi
Bidang Muamalat
Kolej Perniagaan
Universiti Utara Malaysia
Handphone : +6019-4808356
Email:n.nasri@uum.edu.my
|
Abstract:
Pengaplikasian konsep al-qard dalam sistem
muamalat Islam dewasa ini kian terpinggir. Salah satu sebabnya ialah pihak-pihak
yang berkenaan merasakan ianya tiada nilai ekonomi duniawi, walaupun pada hakikatnya
ia memberikan pulangan nilai ekonomi ukhrawi yang cukup lumayan. Selain daripada itu,
kemungkinan untuk mendapatkan sumber dana yang murah atau percuma merupakan salah satu
lagi sebab yang membantutkan usaha golongan yang mempunyai kesedaran terhadap hal ini.
Melalui pembentukan sebuah syarikah keluarga yang ditubuhkan oleh para ahli waris bagi
menguruskan harta faraid tersebut secara bersama diyakini dapat menyelesaikan permasalahan
untuk mendapatkan dana yang percuma bagi merealisasikan hasrat tersebut. Satu skim yang
berkonsepkan al-qard yang menepati ciri-ciri muamalat Islam dapat disediakan oleh syarikah
keluarga yang berteraskan harta faraid itu untuk kegunaan dalaman ahli-ahlinya yang memerlukan.
Ini secara tidak langsung dapat menghidupkan semula amalan-amalan muamalat Islam pada masa
lampau yang telah ditelan zaman akibat pengaruh falsafah kapitalisme yang telah meresap
masuk ke dalam setiap individu muslim pada masa sekarang. Di samping itu, penubuhan
syarikah keluarga ini juga dapat merealisasikan beberapa konsep sosial dalam pengurusan
Islam yang dapat diterapkan secara tidak langsung seperti musyawarah dan mu‘awanah.
Kelebihan sampingan yang lain ialah ia juga dapat menyelesaikan masalah pembekuan harta
pusaka pada masa yang akan datang kerana pemilikan harta-harta tersebut diletakkan atas
nama syarikah keluarga, tidak pada nama individu-individu tertentu.
|
|
63. KAEDAH PENYELESAIAN KONFLIK ACEH
DALAM PERSPEKTIF ISLAM |
Sukiman
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
1180 Minden, Pulau Pinang
Handphone : 081370831813
Email:winsukiman@yahoo.com
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan
untuk menganalisis penyelesaian konflik Aceh daripada perspektif Islam. Beberapa
dekad Aceh telahpun mengalami konflik berterusan antara Kerajaan Pusat Indonesia
dengan rakyat Aceh. Konflik Aceh muncul akibat Kerajaan Pusat mengetepikan
keinginan rakyat Aceh sebagai daerah autonomi menjalankan syariat Islam sebagai
asas kehidupan negara, bangsa dan masyarakat. Selain itu, Kerajaan Pusat telah
mengekploitasi sumber bumi yang sangat besar untuk pembangunan pusat dan amat
sedikit di bahagikan untuk pembangunan Aceh. Keadaan itu menciptakan pemberontakan
rakyat agar dapat memisahkan diri daripada Republik Indonesia. Pemberontakan
tersebut diselesaikan secara melitar sehingga mengakibatkan penderitaan rakyat
Aceh sampai terjadinya musibah tsunami pada tahun 2004 lepas yang semakin menambah
kesengsaraan rakyat Aceh. Apabila konflik Aceh diselesaikan dengan kaedah lazim
daripada barat, hanya mengedepankan kepentingan materi dan keduniaan semata maka
perdamaian Aceh tidak akan abadi dan justru menimbulkan konflik baharu lagi, kerana
masing-masing pihak akan menuntut hak dan kemahuannya. Sepatutnya rakyat Aceh yang
telah berakar umbi melaksanakan syariat Islam dapat menyelesaikan konflik ini secara
Islam, semisal ishlah (berdamai), syura (bermesyuarah), memahami hikmah konflik, sabar,
tawakkal dan melaksanakan ajaran Islam yang kaffah. |
|
64. PERSEPSI PELANGGAN BUKAN ISLAM TERHADAP PERBANKAN ISLAM:
SATU KAJIAN RINTIS DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA
|
Mokhtar Mahamad
Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA, Gong Badak
21300 Kuala Terengganu,Terengganu
|
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelanggan bukan Islam di tiga buah negeri pantai timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) terhadap perbankan Islam. Data dikumpul melalui kaedah soalselidik yang dicadang diedarkan secara persampelan rawak kepada pelanggan-pelanggan bukan Islam di sekitar tiga buah negeri tersebut termasuk di pejabat kerajaan, pusat pengajian, perimis perniagaan, penghuni rumah dan juga pelanggan yang mengunjungi bank. Data yang diperolehi dari borang-borang soal selidik dianalisa dengan menggunakan kaedah diskriptif dan statistik. Hasil kajian rintis yang telah dilakukan di sekitar Kuala Terengganu mendapati majoriti respondan adalah berbangsa Cina. Golongan yang kedua ramai ialah berbangsa India manakala selebihnya ialah bangsa Siam dan bangsa-bangsa lain yang datang dari luar Terengganu. Kebanyakan pelanggan masih lagi mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai perbankan Islam di mana sumber pengetahuan yang utama ialah akhbar dan televisyen. Sebahagian besar respondan tidak yakin perbankan Islam dapat menyaingi perbankan konvensional. Ramai juga respondan yang belum menggunakan perbankan Islam turut menyatakan tidak berminat untuk menggunakan perbankan Islam. Kajian rintis ini juga mendapati faktor-faktor penting yang mempengaruhi pelanggan-pelanggan bukan Islam dalam pemilihan bank ialah faedah yang tinggi, tabungan yang selamat, perkhidmatan yang cepat dan efisyen, transakasi yang cepat, dan kualiti perkhidmatan. Produk perbankan Islam yang mendapat sambutan pelanggan bukan Islam ialah akaun simpanan, pelaburan dalam saham dan kad kredit. Hasil kajian ini nanti diharap dapat membantu institusi-institusi kewangan yang menawarkan produk-produk perbankan Islam mendapat gambaran sebenar mengenai persepsi pelanggan bukan Islam tentang perbankan Islam seterusnya dapat memenuhi kriteria-kriteria pemilihan bank pelanggan bukan Islam.
Kata kunci: Perbankan Islam, Pelanggan bukan Islam, produk, faktor pemilihan
|
|
65. WAKAF TUNAI DAN PROSPEK PENGEMBANGAN EKONOMI ISLAM DI INDONESIA
|
Suhrawardi K.Lubis
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara
Jalan Kapten Mukhtar Basri Nomor 3 Medan-20238
Sumatera Utara,Indonesia
Tel. 061-6617304, Hand Phone 0816332335
Email:suhrawardilubis@yahoo.co.id atausuhrawardilubis@gmail.com
|
Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan wakaf tunai dalam perspektif hukum, ia juga bertujuan mengkaji potensi wakaf tunai dan peluangnya untuk pengembangan ekonomi Islam. Untuk tujuan ini, kertas kerja ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama membincangkan wakaf tunai dalam perspektif hukum fiqh dan perundangan Indonesia. Bahagian kedua akan membincangkan potensi wakaf tunai. Bahagian ketiga akan membincangkan prospek wakaf tunai untuk memperkasa ekonomi Islam di Indonesia.
Kertas kerja ini akan menunjukkan bahawa wakaf tunai memiliki landasan hukum, baik hukum Islam mahupun perundangan Indonesia. Begitu juga apabila ramai yang mengamalkannya akan memiliki potensi yang besar, sehingga berpeluang pula dimanafaatkan untuk mendukung pengembangan ekonomi Islam di Indonesia
|
|
66. DEPOSIT, FINANCING AND FUND MOBILITY: AN EXPLORATORIVE STUDY ON MALAYSIAN ISLAMIC BANKS.
|
Mohamad Helmi bin Hidthiir
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
Hand Phone : (6)0124231075
Email:h81075@gmail.com
|
Abstract:
Banks play critical role as financial intermediary where deposit are collected from the economic surplus unit and is used for the purposes of lending to economic units. In other words, the funds are collected by banks (buying funds) from the community and supplying loans (selling funds) or credit to borrowers for useful purposes. For Islamic banks, the difference between the buy and sell of funds is important to determine their profit or loss. However, the profit or loss earned by Islamic Financial Institutions depends on the fund mobility in the Islamic banking system. Fund mobility means the fund can freely move to the financing and saving opportunities that can provide more attractive returns to the fund users and the depositors. As for the deposit mobility, fund can be moved to conventional banks and Islamic banks and this depend on religious or profit motives. This is due to Malaysia’s approach towards Islamic banking which is more to a dual banking or Islamic banking system and conventional banking system operate side by side. In addition, for the financing mobility, the bank will mostly focus on the project that has a high probability to succeed and produce a profit. Similarly, when the fund is mobile, the gap between buying and selling funds will be widening. Consequently, in this exploratory study, there are general and specific issues to be discussed regarding on the deposit and financing gap. The general issue is what caused the gap between buying and selling of funds or deposit and financing in Islamic banks? Thus, the specific issues are: Does the financial product meet the needs and tastes of the users with regard to risk, maturity and yields; What about illiquidity of assets (due to lack of negotiable instrument); Does globalization has any impact on fund mobility; Is there any lack of profit sharing on asset side and lack of mechanism to deal with defaulters of debt. Therefore, from the aforementioned discussed issues, it can be expected that factors that cause the gap between deposit and financing in Islamic banking system can be treated as an indicator for fund mobility in Islamic banking system. These factors that cause the gap are also crucial in determining the level of deposit and financing in Islamic banking system. This imbalance of the sources of fund and uses of fund is also become a challenging perspective by the Islamic bank to gain profit or loss.
|
|
Copyright © 2009 Centre For Islamic Development Management Studies:INGRAW09, All rights reserved. |
|